.... bersambung dari SINI
Saat beransur tinggalkan Pantai Samila, hujan mula turun. Dalam iternerary sepatutnya dari sana akan ke Masjid Songkla atau dikenali juga dengan Masjid Tajmahal. Tapi hajat tak kesampaian. Dan rancangannya akan singgah juga ke tempat gajah yang popular di hatyai iaitu Chang Puak Elephant Camp Hatyai. Di sana, khabarnya kita nanti akan dapat pengalaman naik gajah, beri makan gajah, dan melihat pertunjukan gajah..
Tapi tu lah. Tak dapat rasa pengalaman tu.. takper lah kan🤗
Lagi pun, hujan makin lebat. Rasa saspen juga tengok cermin depan, nampak tak berapa clear jalan.
Allah tak izin, pasti ada hikmah. Kita hanya merancang. Yang menentukannya, Allah jua.
Kami lantas ke Restoran Khlong-hae Buffet iaitu kedai steamboat untuk makan buffet seafood. YESS! Rasanya elok sangat lah, sebab masa tu pun dah hampir jam 4ptg waktu Thai. Perut pun dah berbunyi.
Restoran Khlong-hae Buffet menawarkan pengalaman makan yang luar biasa dengan harga yang berpatutan. Dengan konsep buffet, kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan laut segar, ayam, daging, dan sayur-sayuran. Harga buffet adalah 299 baht (sekitar RM40) setiap orang, harga yang sangat berbaloi.
Restoran ini memiliki sijil halal, jadi kita inshaaAllah dapat menikmati makanan dengan tenang dan yakin.🫠 🫠
Semua fokus menjamu selera dengan makanan laut yang begitu banyak tersedia. Kita kena masak sendiri pakai dapur yang disediakan di atas meja. Satu dapur untuk memanggang, satu lagi untuk steamboat. Kiranya macam di kedai Seoul Garden atau Sakiya la kalau di tempat kita. Makanan 'ready to eat' pun banyak terhidang, tinggal pergi ambil je ikut selera masing².
Sedap sangat makan ratah² seafood, kami makan sampai kenyang. Alhamdulillah syukur ya Allah. Saya dan en suami kongsi masak dan makan bersama-sama dengan Ida dan en Halim. Tambah meriah meja kami bila duduk bersebelahan dengan dapur Hj Kamaluddin dan Hj Ramli ketua rombongan..ehe he
Selesai di situ hari pun dah gelap, hujan pun dah berhenti. Bas meneruskan perjalanan balik ke hotel. Ada peserta yang nak singgah jalan² lagi di Lee Garden dan Asean Night Market, dan sebahagian lagi nak terus balik hotel... termasuklah saya dan Ida, dah nak balik rehat dan rawat jeh. Faktor umur gitew....😂
20/11/25
Esoknya pagi² kami dah check-out. Pergi makan sarapan di Restoran Ban Hang. Erm..sekali lagi saya macam tersilap pilih menu, makan nasi kerabu... Rasa okay jer sebenarnya, rezeki alhamdulillah. Menu² lain alhamdulillah boleh tahan, nampak sedap belaka terutamanya Pulut Ayam(cikgu Yati kasi try) Wow! Rasa sangat Osem!!
Lepas makan kami terus ke Pasar Kim Yong.
Pasar Kim Yong di Hatyai adalah pasar Thai yang merupakan salah satu destinasi utama untuk shopping. Banyak dijual pelbagai jenis barang, termasuk makanan jajan², baju² dan barang souvenir. Di sini saya beli beras pulut susu 2kg dan tambah beli kacang², untuk menambah lagi berat beg.. 😂😂
Selesai di Pasar Kim Yong, destinasi terakhir di hatyai ialah Central Hatyai.
Central Hatyai adalah mall terbesar di Hatyai. Saya dan en suami sempat makan Pulut Mangga selepas naik escalator ke tingkat 4. Sangat sedap pulut mangga ni rupanya, first time rasa😍Alhamdulillah.
Saya kemudiannya tapau Nasi Patkapao untuk kami suami isteri makan atas train nanti. Beli bekal siap² bimbang nanti tak jumpa kedai yang menarik di kawasan Stesen Padang Besar untuk beli makanan.
...........................................
Tiba lah masa untuk kami meninggalkan bumi Hatyai. Perjalanan dari Central Hatyai dalam hujan renyai² mengambil masa kurang lebih 2jam untuk sampai ke border.
Alhamdulillah, bagi saya perjalanan pergi balik menaiki Ets ke hatyai, menarik dan okay sangat. Namun kalau ada rezeki ke Hatyai lagi selepas ini, inshaaAllah mungkin kami akan ke sana dengan menaiki bas. Rasa agak serik kena berjalan jauh heret beg semasa merentas border... hi hi
Btw, terimakasih banyak buat Taufik dan Hanis yang tolong angkat beg kami yang warga² tua ini, semasa turun dan naik jejantas di border. Terharu acik tau! 🙂↔️🙂↔️
Terimakasih buat Zack dan pemandu bas yang banyak berjasa sepanjang 3hari 2malam kami di Hatyai. Juga buat rakan² trip yang sama² bermusafir dalam pengembaraan kali ini, Jazakallah. Kami 19orang peserta terdiri daripada my en suami, Hj Ramli, Hj Kamaluddin, en Azhari, en Yusuff, en Halim, en Zul, Taufik, Hanis, Hjh Siti, Ida, Mashitoah, cikgu Yati, kak Hawa, Kak Zah, Siti, Kasih, Medina dan saya. Kenangan manis terpahat di ingatan Alhamdulillah😍
Sekian Wassalam.















No comments:
Post a Comment