Mencari Yang Halal


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah SWT.. aamiin

Kita rafakkan syukur ke hadrat Allah Taala, dapat tunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya bersama² berada di dalam majlis ilmu...🤲🤲

...................................

Sempena hari ni berada di bulan zulhijjah, firman Allah dalam surah; 

Al-Fajr:2 - Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);


Allah bersumpah dengannya nak menunjukkan kemuliaan 10 hari pertama Zulhijjah.


Hadis daripada Ibnu Abbas R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, daripda Nabi SAW, Baginda bersabda, 

Maksudnya: " Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil,takbir, dan tahmid pada-Nya.

Riwayat Imam Ahmad (6154)


Maka, mari kita manfaatkan hari-hari yang penuh keberkatan ini antaranya dengan:

  • Berzikir dan Bertakbir: Perbanyakkan lafaz Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (La ilaha illallah), dan Takbir (Allahu Akbar) di mana sahaja.
  • Membaca al-Quran
  • Selawat ke atas Nabi SAW
  • Berpuasa Sunat:Digalakkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah.

Jika tidak mampu, cuba berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Jangan kita lepaskan peluang untuk berpuasa sunat pada Hari Arafah (9 Zulhijjah).

Kelebihan Puasa Hari Arafah , puasa pada hari tersebut sangat istimewa kerana ia dijanjikan penghapusan dosa untuk setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

......................................

Ustad sambung kitab hadis 40 Imam Nawawi perihal:

Sumber makanan yang halal dan syarat² penerimaan Allah Taala.


Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah S.A.W bersabda:

Yang maksudnya: Sesungguhnya Allah itu Maha Baik dan Dia tidak menerima melainkan sesuatu yang baik sahaja.

Riwayat Muslim (1015)


Agar amalan kita diterima Allah, hendaklah kita menjaga:

  • Perbuatan yang baik 

Kesemuanya yang baik² dan jaga hati agar tidak termasuk rasa riak dan ujub.


  • Perkataan yang baik

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 83

.....; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik;.......


Yang baik² ini termasuk semua perkara. 

Hendaklah menjaga perkara² berikut:

# Memastikan makanan, minuman, dan sumber pendapatan adalah halal, kerana ia mempengaruhi penerimaan doa dan ibadah serta keberkatan rezeki.

Cth:

Makan nasi tu baik. Namun sumber beli beras itu pastikan dari sumber yang halal.


# mesti mempunyai aqidah yang baik. Akidah yang sahih yakni pegangan akidah yang mantap dan bersih daripada sebarang bentuk syirik.

Bukan ada aqidah yang tidak baik..cth manusia yang percaya pada tahyul, percaya pada jampi serapah bomoh, perkara khurafat dsb.

Firman Allah di dalam (Surah al-Kahfi : 110)

Maksudnya :” Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


# Kita kena bersih. Jauhi sifat tercela/sifat mazmumah. Mengelak penyakit hati seperti hasad dengki, takbur, cinta dunia, cinta pangkat serta panjang angan² yang boleh merosakkan pahala.


Jauhi makanan yang haram dan syubhah. Elakkan makan dari kedai makanan non-muslim, makan makanan dari orang yang tak solat dan yang tak tutup aurat.


Untuk menjaga hati dan iman kita, antaranya mesti;

i) sentiasa hadir di majlis ilmu. 

ii)pilih kawan² kita, pastikan circle kita orang² yang soleh. 

iii)Sentiasa berdoa mohon Allah jaga kita dari perkara yang tak baik.


Moga Allah bagi kekuatan untuk kita beramal...Aamiin


4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah byk info bermanfaat. TQ atas perkongsian.

Anonymous said...

Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian semuga kita dapat mengamalkan nya di bulan yg mulia ni

Anonymous said...

zaman skrg banyak makanan viral dan tengok2 "muslim friendly" atau "pork free"...sebenarnya itula yg syubhah yg seeloknya kita jauhi...pastikan halal kerana itu yg masuk dalam tubuh kita utk melakukan ibadah pada Allah..

Anonymous said...

Alhamdulillah,perkongsian ilmu ni..
Jom!!..istiqamah dlm kebaikkan.
Terbaik!!..KakTi😘
dpt ilmu dah berkongsi melalui penulisan dan dipjgkan ilmu utk yg membaca.
Moga Allah merahmati KakTi.😘
Aamiin..🤲
Terima kasih...💕

Blog Archive