Gaya Hidup Sihat



Kebelakangan ini terlupa sebentar untuk naik berjalan atas treadmill. Sibuk keluar atas beberapa urusan, itu yang ambil peluang walking outdoor; singgah terjah mana² mall semasa laluan balik . 


Keluar ke KL dalam beberapa trip tu satu hal, hari² lain pula banyak masa dihabiskan dengan garderning. Semenjak dua ni banyak masa pagi² keluar ke laman, clear semak samun tepi² pasu, cabut rumput liar yang berebut² tempat dengan pegaga,  trim² pokok bunga kertas, taruk baja kat orkid dan pokok² fern dalam pasu, gembur²kan tanah kat pokok² dan sebagainya lah. Penat kita tau!🫠🫠  Jadi bila dah penat riadah (buat garderning tu) makanya dah takde maknanya lagi nak naik atas treadmill, berjalan.  Dah tiada daya upaya😂 


Tapi bila dah mula rasa sakit² lutut, sengal², sakit tapak kaki, berat badan naik mendadak ditambah lalu pulak dalam telefon nampak orang yang berjaya diet dan badan dah kurus,..baru macam kena tampar dan tersedar dari mimpi.. baru mula nak kelam kabut masuk gear reverse (R)..hahahaha


Ada masanya semangat untuk maintain gaya hidup sihat terabai bilamana berubah jadual harian kita.(... alasan jer tu🤭)

Minum air bunga telang dan jus pegaga pun dah miss lama. Kalau tak, tiap hari buat air pegaga. Rajin pula ambik pegaga, bersihkan tanah² yang melekat pada akar, mesin sekali dengan akar buat air pegaga. Lepas minum automatik rasa diri dah terpaling sihat..hahaha..

Khasiat pegaga..di SINI

Begitu juga dengan air bunga telang yang viral ada begitu banyak khasiat. Dah lama tak rendam bunga² telang dalam air panas dan minum airnya. Okeh kena start balik! 

Khasiat air bunga telang di SINI


Madu lebah yang anaknda beli suruh minum pun dah tertinggal lama, lupa nak ambik minum. Ish ish...


Okay lah..kena disiplin balik jaga makan. Hari tu lama jugak la disiplin makan nasi sikit. Lebihkan dengan makan ikan dan sayur je.  Sekarang ni sebab selalu keluar, dah lupa rutin tu semua.  Sis makan je semua yang rasa nak makan..aduhh.. Hari tu boleh pulak makan steak😚 Tiga hari lepas singgah makan Nasi Lemak Wanjo, siap ambik lauk paru..oouhhh🫠 Fast food tak fast food, Zus tak Zus..semua dah tak filter..

Ohh tak boleh macam tu sebenarnya sis..🙂‍↔️🙂‍↔️ Salah tuu😂

Ingat sikit😶‍🌫️


Okay nak mula balik jadual gaya hidup sihat..InshaaAllah


Untuk sehat, antaranya ada 6 cara:


✔️Jaga makan, kurangkan kabohidrat(nasi, tepung), gula. Makan tu kena berhenti sebelum kenyang.

Makan sebelum maghrib maksudnya jangan makan malam. 


✔️Jangan tidur larut malam, makanya tidur awal paling lambat jam 11malam, niat untuk dapat bangun tahajjud إن شاء الله


✔️Minum air putih yang cukup - Minum air banyak pagi sampai malam. Air putih bukan yang cold, air suhu bilik je.


✔️Puasa


✔️Jaga hati ~ jauhi marah, hasad dengki, iri hati etc


✔️senaman pagi, senaman yang teratur, cukup dan sesuai umur


🍒🍒🍒🍒🍒🍒


DIET

Zero sugar

Zero roti

Zero process food


Sis, cuba la ya..

🥥No gorengan

🥥No tepung²

🥥No minuman manis

🥥Kurangkan nasi

🥥Lebihkan air kosong

🥥Kalau suka makan yg manis² gantikan dengan buah buahan


Makanan protein tinggi:

◇Ikan

◇Telor(telor rebus, telor mata)

◇Isi ayam tanpa kulit

◇daging lembu

◇Tauhu

◇tempe

◇Labu

◇Udang

◇Kerang


Sayur high protein

☆bayam, 

☆sawi hijau, 

☆brocoli, 

☆kacang panjang


Thredmill tiap hari ½jam🏃‍♀️🚶‍♀️


Ku buru matlamat.. moga Allah beri kesihatan agar mudah bagiku melakukan amal ibadat.. moga Allah permudahkan...Aamiin🤲


2 comments:

Anonymous said...

jom gaya hidup sihat!!!! gula adalah ibu segala penyakit!!! kakak pun nak cut sugar...tgh berjinak2 dgn kopi tanpa gula skang❤️❤️

Anonymous said...

Iman itu turun dan naik sifatnya, begitu jugak nafsu dlm diri. Teruskan perjuangan mengamalkan gaya hidup sihat. Masih blom terlambat selagi nyawa dikandung badan. Azam utk jadikan hari ini lebih baik drp semalam.

Blog Archive