Nak kisahkan pasal kerusi urut yang banyak berjasa๐๐
Dulu bilamana pergi mall, memang suka singgah guna kerusi urut gintell yang kena masuk duit tu. Jadi tiapkali guna paling kurang setel rm10 untuk 20minit setiap kali guna. En suami biasanya tambah duduk lagi 20minit di kerusi urut sementara tunggu saya pusing² mall cari barang. Kalau kira² dah banyak mana habis RM untuk guna kerusi urut yang tersedia di mall itu.
Jadi lama² kami pun fikir dan buat keputusan dah tiba masanya untuk beli sendiri kerusi urut. Banyak kali juga lah cuba tanya² dan cuba naik kerusi urut yang berjenama Gintell dan Ogawa di mall mall, tapi masih tak sangkut² beli. Hingga lah di suatu hari yang indah, semasa singgah di i-city Shah Alam ketika balik dari kenduri, masuk lagi ke kedai Gintell. Kami cuba naik kerusi urut yang terbaru, ketika itu baru seminggu berada di pasaran. So, nak tengok efisyen ke tidak bendanya.
Alhamdulillah, Yusuf salesman yang incharge kedai time itu sangat peramah dan ber-informatif orangnya..hahaha. Jadi awal² lagi i've got the feeling, macam nak sangkut je kali ini๐๐
Bila dicuba, dapat rasa roller nya smooth, tak menyakitkan badan. Kata Yusuf, ia datang dengan teknologi baru, kita boleh juga memberi arahan melalui suara. Antara fungsi kerusi urut, ia mampu meningkatkan aliran darah, melegakan kekakuan sendi² dan melegakan ketegangan otot. Alhamdulillah dapat rasa ia memberi kelegaan pada leher, bahu, tulang belakang dan pinggang. Kiranya agak sesuai lah untuk kami pengguna warga tua yang selalu rasa macam letih. Urutan kaki pun alhamdulillah dapat legakan sakit kaki.
Ok done promote..๐คฃ๐คฃ
Alhamdulillah dapat harga terbaik, harga launching yang banyak diskaun nya. Dan tambah rasa berbaloi bila dapat hadiah extra mesin urut kaki♡♡ Alhamdulillah syukur. Anak menantu pun nampak happy tiapkali balik waktu² weekend, semua pakat naik kerusi urut healing healing...๐






No comments:
Post a Comment