Assalamualaikum.
Salam di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Mari kita lebihkan berselawat hari ini ke atas Nabi SAW junjungan yang mulia yang kita amat berharap akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW di akhirat nanti... Aamiin
..................................
Dan setiapkali mendengar azan, kita jawab azan ya.. Setelah selesai azan, kita berdoaš¤²
Ustaz mengingatkan agar kita semua tak lupa untuk berdoa selepas Azan. Setiapkali mendengar Azan, kita jawab azan, kemudian berdoalah... Biar timbul teruja untuk berdoa selepas azan kerana telah disebutkan dalam hadis Nabi SAW iaitu; jika membaca doa selepas azan InsyaAllah akan ada peluang untuk kita mendapat syafaat Rasulullah SAW di hari pembalasan nanti...InsyaAllah. Kata ustad, jika terlepas mendengar azan bila masuk waktu, berusahalah mencari azan di mana2 untuk merebut peluang agar dapat berdoa selepas azan.
Dari Jabir ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang ketika - sudah selesai - mendengarkan azan lalu mengucapkan "Allah humma rabbaha zihid da' watit dammah, wassola tilko imah, atisaiyiddana muhammadanil wasila tawal fadhilah, waba athhul maqam almahmu danil ladzi wa ath' dhah." yang ertinya: "Ya Allah yang Maha Menguasai doa yang sempurna serta solat yang akan didirikan ini, berikanlah kepada Muhammad wasilah dan keutamaan, bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan," maka akan dapatlah ia memperoleh syafaatku pada hari kiamat." (Riwayat Bukhari)
Dan sesungguhnya doa di antara azan dan iqamah adalah salah satu waktu yang makbul (mustajab) untuk berdoa memohon hajat kepada Allah SWT.
Aamiinn..


1 comment:
Jom amalkan berdoa setiap kali selepas azan. Smoga termakbul sgala yg dihajati. Jazakallah.
Post a Comment