Bismillahirrahmanirrahim.
(Sedutan pengisian Kuliah Maghrib)
Daripada al-Bara’ RA, beliau berkata: Nabi SAW memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dengan tujuh perkara yang lain. Baginda memerintahkan kami untuk mengiringi jenazah, menziarahi orang sakit, memenuhi undangan, menolong orang yang dizalimi, menunaikan sumpah, membalas salam dan bertashmit untuk orang yang bersin. Baginda pula melarang kami daripada menggunakan bekas perak, cincin emas, sutera, memakai Dibaj (sejenis kain sutera tebal dan mewah), Qassi (sejenis kain yang diperbuat daripada campuran sutera dan linen), dan Istabraq (kain sutera tebal yang berkilauan).
Hadis: Muttafaq ‘alayh. Riwayat al-Bukhari (1239) dan Muslim (2066).
Rasulullah SAW menyuruh kita:
(1) menziarahi orang sakit
Riwayat menyebut :
Maksudnya :” Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, maka dia akan sentiasa berada di jalan syurga sehinggalah dia pulang (daripada menziarahi orang tersbeut).”
Riwayat Muslim (4658)
Lihatlah bagaimana Nabi SAW menggalakkan umatnya untuk menziarahi orang yang sakit. Inilah antara cara untuk mengeratkan hubungan sesama manusia khususnya sesama muslim.
Dalam riwayat al-Tirmidzi (no. 969) pula, sesiapa yang menziarahi pesakit pada waktu pagi akan didoakan oleh 70,000 malaikat sehingga petang, dan jika dia menziarahi pada waktu petang, dia didoakan sehingga pagi.
Kalau ada kesempatan ziarah orang sakit, jangan lepaskan peluang tersebut.
Ada adab nya ziarah orang sakit:
1)Tidak memanjangkan masa (duduk lama²) bersama orang sakit. Kecuali ada hajat cth: orang yang sakit itu memang mahu duduk lama dengan nya.
2)antara perkara yang disunatkan ialah bertanya khabar. Kalau sama jantina, letakkan tangan di atas tangannya sambil bertanya kabar.
3)mengucapkan kata² yang positif..kata² yang meringankan beban sakitnya cth: inshaaAllah penyakit ini akan sembuh dengan izin Allah.
Jangan ucapkan kata² yang dia akan sedih bila dengar..cth: kamu ni saya tengok macam dah tak lama ni...🥹
Ke 2) mengiringi jenazah
Pahalanya sangat besar
Daripada Abu Hurairah R.A, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang menghadiri solat jenazah sehingga ia disolatkan keatasnya, maka baginya satu qirat. Barang siapa yang mengiringi jenazah sehingga ia dikebumikan, maka baginya dua qirat. Ditanya kepada Baginda SAW: “Apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat. Baginda SAW menjawab: “Seperti dua gunung yang besar.”
Riwayat al-Bukhari (1325)
Mereka yang mendirikan solat jenazah hingga proses pengebumiannya dan langsung tidak meninggalkannya (sehinggalah selesai), baginya ganjaran atau pahala setara dengan dua qirat. Satu qirat setara dengan gunung yang besar dan dalam riwayat yang lain, ia diumpamakan sebagai sebuah gunung Uhud.
Kata ustad, kita ini kalau tiada apa² urusan lain, pergilah, iring jenazah dan ikut ke tanah perkuburan kerana ianya akan dapat ingatkan kita akan kematian, ingatkan akan hari akhirat dan memotivasikan diri kita insan yang lemah ini. Kita akan melihat orang yang selama ini ada pangkat, ada nama dan kuasa, semuanya itu sudah tiada nilai lagi.
Kata ustad lagi, orang yang rasa penat dengan dunia, rasa kecewa dengan masalah hidup, boleh lah pergi ke tanah perkuburan. InshaaAllah ia mampu memberi makna.
Perkara yang:
Ke 3) menjawab salam
Menjawab salam boleh jadi ianya wajib, sunat dan harus.
Kata ustad, yang waktu wajibnya ialah:
Orang yang memberi salam orang yang sejenis dengan kita. Maksudnya, yang lelaki jika lelaki yang beri salam, wajib jawab salam. Jika dia lelaki, yang perempuan bagi salam dia tak wajib jawab .kalau dia nak jawab juga boleh, hukumnya harus.
Orang yang bagi salam orang yang mukallaf, gila, kanak² belum baligh tidak wajib jawab.
Juga tidak wajib dijawab bila salam itu tak tuju khusus buat kita, ia salam secara umum. Cth: macam orang yang masuk ke dalam suatu dewan, bagi salam. Ia menjadi fardhu kifayah ke atas mereka untuk menjawabnya. Apabila seorang daripada mereka sudah menjawab salam maka ia sudah memadai bagi yang lain dan jika kesemuanya tidak menjawab maka kesemuanya berdosa. Namun, jika kesemuanya menjawab salam maka ia adalah di tahap yang paling sempurna dan baik.
Sesungguhnya, menyebarkan salam ini, ia sangat dituntut.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 81]
Ada dulu tulis pasal sebarkan salam di SINI
Ke 4)
Mendoakan orang yang memuji Allah bila dia bersin.
Kalau dia bersin, dia kata alhamdulillah..kita pun doakan Yarhamkumullah.
Hadis daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebut Alhamdulillah. Dan menjawab bagi saudara atau sahabatnya yarhamkallah. Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin) Yarhamkallah maka hendaklah menyebut Yahdikumullah wa Yuslih baalakum.
Riwayat al-Bukhari (6224)
Ke 5)
Melunaskan sumpah
Bila sesorang itu bersumpah, hendaklah dia lunaskan sumpah tersebut.
Ke 6)
Membantu orang² yang dizalimi
Jika kita lihat orang² islam yang dizalimi, kita digalakkan membantu dia keluar dari masalah itu.
Ke 7)
Memenuhi undangan; Kalau kita dijemput untuk satu² kenduri @ al walimah(yakni apa² kenduri)
Memenuhi apa² walimah adalah sunat(kenduri akikah, masuk rumah baru, dan seumpamanya) kecuali kenduri kahwin.
Kenduri Kahwin menjadi wajib mengikut syarat² tertentu.
[Syarat pertama]: Adakah tuanrumah menjemput secara khusus ataupun bukan. Samada(call direct)atau dia hantar wakil untuk jemput kita secara khusus). Jika dia menjemput secara khusus ketara dia suka kita datang ke kendurinya.
Jika ada yang jemput dengan hantar kad digital dalam group wasap, ia tak wajib di hadiri. Ia hanyalah undangan secara umum.
[Syarat ke 2]: adakah kenduri itu hanya dijemput orang² kaya sahaja? Maka seandainya kita dijemput untuk orang kaya sahaja maksudnya orang yang tertentu sahaja, maka tak wajib kita hadiri.
[Syarat ke 3]:Adakah walimah itu ada perkara maksiat? Jika ada, maka tidak wajib hadir sebab ada kemungkaran/maksiat dalam majlis.
Kalau cukup 3 syarat itu, tapi masih tak dapat hadir juga (kalau ada keuzuran), maka kita kena maaf kepada orang yang menjemput.
Kalau sedang berpuasa, wajib hadir..kerana wajib memenuhi undangan bukan wajib makan.
Wallahu a'lam.
