Istighfar


"Tiapkali saya bukak pintu pagi2, ada je sampah berlonggok depan umah saya..."

Dengan nada kesal, seorang surirumah yang tinggal di salah satu rumah pangsa di ibu kota mengadu secara peribadi masalahnya pada ustazah yang datang mengajar di surau. Rasa sedih dan marah bercampur2 dalam hati. Tak sangka pulak dapat jiran yang macam tu. Ada ke patut, lepas sapu depan rumah dia, longgokkan sampah dekat pintu rumah orang. Rasa-rasa takde pulak dia pernah sakitkan hati jirannya tu. Tiap kali bertembung samada di lift atau di kedai-runcit bawah, dia tetap menyapa bagi salam sambil siap senyum lagi. Walau jirannya itu nampak tak berapa nak senyum, dia tetap berprasangka baik.. tetap menyapa bila jumpa lagi lepas-lepas tu.

Nasihat ustazah....
Bagi setiap kesusahan dan kesedihan itu, InsyaAllah akan beroleh ketenangan dengan jalan memperbanyakkan Istighfar. Hidup kita tak sunyi dari masalah... kadang masa kita ok, orang lain pula tak ok. Orang yang dekat dengan kita *contoh suami/isteri dan anak2* sekali pun kadang beri masalah pada kita apalagi orang lain yang ramai2 di sekeliling kita seperti sedara mara, kawan2, boss di pejabat dan tak ketinggalan jiran tetangga. Itu semua lumrah kehidupan. InsyaAllah sedih yang melanda akan reda bergantung pada apa tindakan kita dalam cuba mencari jalan bagaimana nak atasinya.

Bila hati sedang bermasalah... banyakkanlah berIstighfar....
Melalui Istighfar, InsyaAllah:
  • Allah ganti hati yang susah dengan gembira
  • akan dibukakan jalan keluar untuk atasi masalah itu
  • Allah boleh beri rezeki dari sumber yang kita tak sangka pun
Bila sering berIstighfar, hati kita akan jadi sihat.. terhindar dari datang perasaan yang tak baik, berprasangka buruk, hasad dengki, iri hati dsb. Ustazah pesan.. untuk dapat jaga hati biar selalu bersih, kenalah kita sentiasa jaga mulut. Elok sebut yang baik2 saja... elakkan dari mengata, mengumpat dan mengeji orang lain.

Allah pandang pada hati kita. Walau kita sering baca Quran, sering berada di saf paling depan dalam solat berjamaah, sering hadir di majlis ilmu, sering kiam di waktu malam namum Allah tahu segala isi hati kita. Jangan masa ayah mertua kita ada kat rumah, kita kuatkan suara mengaji quran untuk tunjuk kita mengaji. Jangan masa kita melakukan kiamulail, ada perasaan dalam hati kita.. "Ohh nampak cam rumah aku je yang terang ni, rumah orang lain sume gelap je.. takde sorang pun bangun rupanya... aku je... " Kalau sampai itu terjadi, maknanya dah timbul riak dalam hati kita terhadap amalan yang sedang kita buat. Dikhuatiri sesaje je amal kita bila ada riak....

Hati terbahagi kepada 3 keadaan... iaitu hati yang sihat, yang sakit dan yang mati. Untuk dapatkan hati yang sihat sentiasalah:
  1. ...banyak mengingati Allah dengan selalu mengamalkan zikir. Amalkan zikrullah, tak kira masa kita tengah sibuk masak ke, tengah bawak kereta.. maksudnya bukan terhad hanya selepas tiapkali selesai solat.
  2. ...ingat Allah tak kira walau dalam susah maupun senang, melalui doa. Jangan waktu susah je kita merintih2 mohon pada Allah... misalkata bila ada masalah, anak yang sedang remaja tak brape dengar kata.. ikut kawan2 sampai tak balik rumah. Masa tu lah kita yang dah bertahun2 tak buat solat malam, terus buat tahajjud mohon pertolongan Allah bagi nak lembutkan hati anak. Tapi di saat kita senang, time anak2 ok, time duit takde hal.. maka masa tu kita macam dah agak jauh dari nak selalu ingat Allah. Zikir hanya bila teringat, solat malam dah tinggal, doa pun masa lepas solat je angkat tangan.. itu pun express rakyat... kira macam ambik syarat je..
  3. ...baca quran. Mengaji dapat menyucikan hati. Sebelum tidur, bacalah sekurang-kurangnya Qulhuwallah 3x yang disebut dapat menyamai pahala khatam al-Quran (refer hadis)
  4. .. pastikan yang rezeki kita halal. Sumber dan perlaksanaan mestilah halal. Apa2 yang dapat mestilah dikongsi kerana setiap rezeki itu ada haknya sendiri. Kalau tak dapat sumbang banyak, sumbanglah sedikit supaya sedekah kita dapat menyucikan hati..InsyaAllah.
  5. ...bersyukur. Bila kita syukur, InsyaAllah Allah akan tambahkan lagi nikmat... bukan setakat harta-benda malah rezeki yang berupa ketenangan fikiran, kelapangan hati, kebahagiaan rumah-tangga, jiran-tetangga yang baik dsb...
Wallahu'alam.

4 comments:

Anonymous said...

Kuew tiaw goreng tu makanan jasad.
Zikrullah itu makanan ruh kita.
Kedua-duanya mesti dijaga supaya sihat jiwa dan raga. Pisau dan golok senjata untuk jasad. Doa pula senjata untuk ruh.Untuk pertahanan diri yang mantop kena jaga keduanya fisikal dan mental masa senang dan susah.

Kat sekolah selalu berlaku masalah histeria. Cuba kaji balik. Kebanayakan budak2 ini obesiti pada fisikalnya sebab banyak makan. Tapi kurus kering kerana tak cukup makan pada ruhaninya. Maka setan pun mula mengisi kelaparan ruhani tadi hingga jasad tadi meracau tak tentu hala. Renung2kan dan selamat beramal.

Cikli said...

istighfar menyejukkan hati

nur said...

Anon,
Benar.. kena disiplin ambik supplement untuk kesihatan ruhani.. jangan kita fokus nak sihat jasmani je..makanan untuk ruh akan sucikan hati..

nur said...

Cikli,
Rajin2 kita istighfar..

err.. nak tergelak pun ada bila en suami kat umah komen pasal kes kat atas.. Kata en suami: jiran yang pegi letak sampah depan umah orang tu maybe takde penyodok sampah.. elok berbaik sangka sebab maybe takde niat pun dia nak buat nbour marah.. jadi doa je pasni dia beli penyodok sampah.. tak pun kasik je hadiah.. tak mahal pun dalam RM5 je.. he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...