Histeria


Anak wat balik cerita....

"Mama, tadi kat sekolah ada 8 orang kena histeria... Masa tu pulak time rehat, sume terlopong tengok. Sorang,, sorang kena. Start dari pukul 10 sampai le dekat pukul 12 baru senyap. Berjangkit-jangkit, memekik-mekik sume.... Bizi lah sume ustaz dengan ustazah duk menolong. Cikgu disiplin pun sume turun, sibuk duk bagi arahan suh budak2 lain yang duk nengok ni masuk kelas masing-masing.

Kesian Ma.... sorang makcik tu ikut duk lari2 tolong kejar anak dia. Cikgu kol gitau. Jadi berkejar-kejaran le sume tadi. Anak dia dah tercabut tudung entah ke mana2 dah masa berlari-lari tu. Lepas pekik kuat2 terus pengsan lepas tu. Time orang nak angkat ramai2, menjerit balik... sume terkejut.

... Rasa cam tengok drama pulak tadi Ma... "


Ohh kesiannya anak-anak tu sume. Kira awal2 belum musim pereksa dah kena gangguan. Selalu histeria ni menyerang musim exam. Nasihat buat semua anak-anak tak kira di mana saja anda berada... Ingat:
  • Mesti jaga solat.. solat jangan tinggal. Jika kita dekat dengan Allah Insya-Allah Allah akan dekat lah dengan kita.
  • Selalulah baca 'Auzubillah hi minasyaitonirrajim' untuk mengelak dari gangguan syaitan yang suka masuk ke dalam diri orang yang agak2 lemah semangat.
  • Mulakan setiap sesuatu dengan membaca 'Bismillahirrahmanirrahim'. Maknanya apa jua yang kita nak buat kita awali dengan menyebut nama Allah. Insya-Allah Allah akan sentiasa bersama kita, lindungi kita dari bahaya.
  • Kurangkan mendengar lagu2 hiburan yang melalaikan... lagu2 hiburan seringkali buat kita lalai dari mengingati Allah. Jadi benda2 asing akan rasa mudah nak menyinggah masuk... Nauzubillah.
  • Selalu jaga kebersihan diri.

Moga semua anak2 dipermudahkan laluan menuju kejayaan. Jangan kita aim untuk sekadar jadi orang yang pandai tapi usahalah untuk jadi orang yang cemerlang dengan konsistennya kita untuk sentiasa dekat dengan Allah. Insya-Allah Allah akan bantu dan kita semua akan terhindar dari gangguan mana2 orang yang berniat tidak baik, gangguan hantu, iblis dan syaitan...ameen.


4 comments:

Anonymous said...

Syaitan & makhluk halus suka mengusik jiwa2 yg lemah. Justru selalulah baca 3 Qul & Ayat Qursi sebagai pendinding. Bila dah berdinding payah le makhluk ni nak kacau.

Kalau ada budak2 yg histeria, baca ayat Qursi kuat2 kat muka depa. InsyaAllah kalah.

Cikli said...

minta dijauhkan

nur said...

Anonimos..
Timakasih.. er siapa gerangan ni?

Memang elok kita jadikan amalan baca 3 Qul dan ayat Qursi, InsyaAllah dapat protect diri kita dari gangguan makhluk halus yang invisible tu.. thx

nur said...

Betul tu Cikli.. mohon dijauhkan Allah dari gangguan makhluk halus. Dengar kabar, puncanya datang dari tandas perempuan di salah-satu blok...wallahu'alam.
Thanks Cikli..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...