Mencari Keberkatan


Kisah 1
Afiq: "Abah, tolong beli A4 paper ya on the way balik ofis tu, kat umah dah abih la... afiq nak kena print yang cikgu suruh ni, nak dalam lima enam helai..."

Hamdan: "Ok"

Hamdan terus bangun menuju ke tempat mesin fotostat.... ambik kertas A4 agak2 dalam 'ketebalan setengah inci' gitu. Kassim yang menyedari perbuatan Hamdan, tak tunggu dah,..terus ambik peluang sound,

"Ai, tak berkat la bro ambik ofis punya"


Hamdan: "Alaaa, aku bukan ambik banyak pun, setakat tiga empat elai camni pun nak bising, tu orang lain lagi la... aku tengok ambik sampai 1 rim, boleh pulak!"

Kassim hanya mampu tersengih, dalam hati berkata.."ikut suka hati ko la labuuu, sendiri mau ingat le.."



Kisah 2:

Milah: "Shima, cuba ko tengok... orang sebelah ada umah tak?"

Shima: "Ngapa mak?"

Milah: "Ko tengok je la, kalu diaorang takde, ko cepat2 pegi kerat daun pandan dalam dua tiga elai. Mak nak masak bubur kacang ni. Alahh ko hulur je tangan ikut celah pagar tu cam biasa.... tarik dua tiga elai, kerat! .... Takpe, bukan ambik banyak pun, nanti kalu ada lebih bubur ni, kita ulur kat depa, tu pun kalo depa balik cepat..."



Kisah 3:
Afiq: "Alaa abah.... seliper Afiq ilang le, dah baru lagi siper tu...", rungut afiq masa ke dua-dua beranak ini sedang mencari seliper lepas keluar dari masjid.

Hamdan: "Ish, sapa la punya kerja tu.. nak kena bantai aper... takpe lah ko cari je lah memana siper yang muat ngan ko.. pakai je..."


4 comments:

Marina Ali said...

Assalamualaikum kak,mendarat disini,pengisian yg cukup bermakna,eii takutnya kalau ambil mudah untuk penuhi hajat,,,jawapnya takde keberkatan....

nur said...

Waalaikumussalam Marina..
Alhamdulillah sama2 kita ambik manafaat dari citer yang akak bawak balik tu.. ustazah pesan suh usaha jaga hati biar selalu bersih. Nak bersih hati, kena perbanyakkan Istighfar... InsyaAllah bila banyak istighfat akan sucikan hati kita, boleh bagi antibodi pada hati kita untuk dapat melawan lintasan yang tak baik..
..tQ Marina

Anonymous said...

Kadang tu kita dok tengok benda besar atau isu-isu besar dan lupa pada benda kecik atau perkara2 yg remeh. Contoh curi tulang masa kat ofis. Kita dibayar gaji setiap hujung bulan kerana bekerja, bukan untuk curi tulang atau relax tak buat kerja. Maka time kita 'curi tulang' tu, rezki yg kita dapat consider tak berpa cantek la kan. Silap haribulan haram le pulak...ish ish. Renung2kan dan selamat beramal.

nur said...

Anon..
..kalu curi tulang masa kat ofis, memang consider tak brape cantek rezeki yang dapat tu.. makanya jangan berani2 kita curi tulang kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...