Datang Mengaji


Dari kuliah Subuh hari ini....

"Maarifatkan semua ibadah sebagai perintah Allah", kata ustaz.

Datang ke Kuliah Subuh pagi ini contohnya niat untuk mengaji/menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah perintah Allah. Jadi datang ke majlis ilmu sebagai memenuhi perintah Allah. Bila ikut perintah Allah Insya-Allah akan beroleh pahala. Perjelaskan dalam hati, pergi mengaji bukan pergi saja-saja, bukan hanya untuk isi masa lapang. Sebaliknya sahkan niat di hati bahawa pergi mengaji adalah kerana ikut perintah Allah, untuk tambahkan ilmu dalam diri semata-mata kerana Allah.

Dalam usaha nak belajar ini ada banyak halangannya. Ada musuh yang menghalang samada musuh dunia, nafsu, syaitan dan makhluk. Jadi perlu lawan kesemua musuh ini.
Musuh dunia lawan-lah dengan sifat zuhud terhadap dunia. Kalau hati begitu kasih pada dunia, bangun pagi2 hanya terfikir untuk meniaga... rasa lagi baik bukak gerai jual nasi lemak, dapat duit.

Musuh nafsu pula.. ikutkan hati nak tidur je, nak extra-kan lagi masa rehat tu, padahal dah tidur 8 jam dah pada malam harinya. Nak lawan musuh nafsu, latihlah berlapar, amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis misalnya. Bila makan pula, jangan makan masa tengah kenyang. Tunggu masa betul2 lapar baru makan. Makan di waktu yang betul2 lapar, Insya-Allah makanan yang dimakan akan terasa begitu sedap.

Musuh Syaitan pula mesti di- istihar perang. Memang tak boleh dibuat kawan kerana langsung tak bawa kebaikan malah bawa keburukan buat diri kita. Hendaklah sentiasa mohon perlindungan Allah agar jauh dari gangguan Syaitan. Nak masuk masjid, kereta, rumah, pasar baca doa mohon perlindungan kerana syaitan ada di mana-mana. Iblis di pekan atau di pasar namanya Iblis Zariton. Iblis ini kerjanya menggoda, tu sebab niat asal nak beli ayam seekor je kat pasar tapi tengok2 hampir 2 jam duduk di pasar. Selalulah baca doa... La ila haillallah huwahdahu la syarikalah, la hul mul ku wa lahul ham du yuhi wayumi tuwahuwa ala kullisyaiin qadir..." , untuk hindarkan diri dari musuh ini.

لا إله إلاَّ الله وحده لاَ شريك له، له الملك وله الحمدُ وهو على كلِّ شئٍ قديرٌ

Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya


Musuh dari kalangan makhluk
juga merupakan penghalang dalam proses menuntut ilmu. Contoh: Ada di antara hamba Allah yang marahkan ustaz yang beri kuliah pagi2. Bising katanya, kacau dia nak tidur. Ada juga yang marah bila tok bilal pasangkan cd orang ngaji 15 minit awal sebelum azan Subuh. Niat tok bilal bila pasang cd orang ngaji dapatlah membangunkan penduduk di sekitar masjid untuk bangun kemudian bersiap-sedia tunggu Solat Subuh. Tapi ternyata ada yang tak suka.

Ustaz kata kalau ada yang bersikap macam ni, elok pindah cari tempat tinggal lain. Sebab jika dia terus tinggal di sekitar masjid, dia tak akan nampak sebarang kebajikan.. yang nampak hanya keburukan dan merasa ada gangguan pada dirinya. Orang yang sebegini termasuk dalam golongan orang yang buta hati sebab walau tinggal di tepi masjid tapi ilmu tak sampai, tak terbuka hati untuk dapat melihat kebaikan. Sama juga halnya dengan orang yang datang ke majlis ilmu tapi tiap kali hadir malangnya asyik tertidur.. Insya-Allah beroleh pahala dengan kehadiran di majlis ilmu tetapi tidak dapat ambil manafaat dan pengisian dari majlis tersebut.

Kita kena lawan musuh makhluk kerana jika kita dah sedia lemah, dapat pula kawan yang lemah... jiran pun lemah... maka jadi semakin lemah lah kita.... lawan di sini maksudnya bukan bergaduh tetapi sahkan niat dalam hati bahawa kita tidak akan terpengaruh terhadap halangan ini.

Ustaz peringatkan sama supaya kita tidak membiarkan diri kita tidak hadir di majlis ilmu lebih dari 3 hari kerana ia mampu membuat hati kita mati. Jika tidak dapat hadir di masjid/surau atau takde ustaz yang datang menyampaikan, maka cuba lah cari alternatif lain yang sekarang ini sumbernya semua berada di hujung jari....
Wallahu'alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...