Buku Yang Istimewa


Naik semangat lepas dengar pesanan ustaz pada anak2 tahfiz....

Beruntung anak2 yang duk hafal Quran sekarang ni.... Kecik2 lagi dah mula hafal Quran. Insya-Allah akan mudah jalannya. Dalam umur yang baru baligh ni *setengah-setengahnya belum baligh*, eloklah berazam biar jadi baik bermula hari ini. Biar hati baik, mulut baik, hidung baik, mata baik, telinga baik, tangan baik, kaki baik... biar seluruh anggota baik. Kalau dah semua baik, besok2 tau kan dapat duduk kat mana? Takde tempat lain bagi orang2 yang baik melainkan hanya di Syurga Allah. Hanya itu tempat tinggal orang-orang yang baik. Jadi berbuat baik lah bermula hari ini. Jauhkan diri dari buat benda tak elok. Jaga tutur-kata. Jaga pandangan mata. Yang penting jaga hati biar selalu bersih. Semua perbuatan akan dicatat, tak akan tertinggal satu pun. Di akhirat nanti kita akan diberikan satu buku yang istimewa. Di dalamnya terkumpul semua amal perbuatan kita dari sekecil-kecil perkara. Ada perbuatan yang kita dah tak ingat pun kita ada buat... contoh yang kita jegil2 mata kat cikgu masa cikgu keluar kelas pun ada, time kita buat muka masa emak marah pun ada dan macam2 lagi. Takde satu pun tinggal...
Jadi, berbuat baik lah bermula hari ini... jadi baik hingga ke akhir hayat... amenn


4 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Nur,

Sejuk perut ibu mengandung, anak kecik-kecik lagi dah hafiz.

Anonymous said...

Allah suka pada yang baik
Jadilah orang yg baik2.

nur said...

Waalaikumussalam kak Ani.
Kita ada peluang lagi kak Ani.. Tapi kena tunggu umur 60 tahun dulu.. umur 59 takleh, 61 takleh.. Program bagi warga yang berumur 60 tahun untuk dapat jadi hafiz/hafizah. Sume tergelak bila Ustaz kata dalam tempoh dua tahun Insya-Allah akan habis... kalau tak habis hafal 30 juzuk al-Quran, kita dulu yang habis... :)

nur said...

Anon..
Berazam biar baik hingga ke akhir hayat...amenn..
..nak buat apa2 sentiasa ingat di belakang kita ada dua tentera Allah yang mengikuti..satu di kiri satu di kanan.. catatan mereka nanti ada dalam buku yang istimewa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...