Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita?


Alhamdulillah... bila ada waktunya penceramah jemputan tak dapat hadir, slot kuliah maghrib digantikan secara bidan terjun oleh mana-mana ajk masjid. Semua tidak ada masalah, sentiasa bersedia dan boleh bercakap depan jemaah yang ramai hadir... alhamdulillah.

Tiba pada satu malam tu, tuan bilal yang dapat turn jadi bidan terjun. Jadi beliau seorang yang berwibawa kelihatannya cukup bersedia dan tidak kelam kabut untuk ganti duduk di kerusi ustaz yang biasa memberi tazkirah.

Bilal mengutarakan soal... apa tindakan kita jika tiba-tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita? Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:
  • Jangan cemas
  • tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
  • sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
  • letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling. Tangan diikat dengan perca kain. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
  • jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar.
  • selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah.
  • rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
  • Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
  • Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid. Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan). Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Tuan bilal menyarankan agar kita patut tahu/simpan nombor telefon mana-mana ajk masjid untuk senang dihubungi dan memudahkan kita merujuk perkara-perkara sedemikian. Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka. Sebab, ada yang pernah menanya bilal..."Err maaf nak tanya, yang mana satu En Nazir?" Sedangkan nazir itu sebenarnya gelaran bagi pengerusi masjid. Jadi dek kurang ambil tahu, ada yang ingat nazir itu nama seseorang yang menjadi pengerusi masjid.

Ilmu yang bilal sampaikan malam itu dirasakan amat berguna buat kami semua. Kelihatannya semua jemaah menumpukan perhatian terhadap apa yang tuan bilal terangkan. Ya lah, ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.

Wallahu'alam.

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah terimakasih atas perkongsian tip pengurusan jenazah.

Org yg bijak itu ialah org yg sentiasa mengingati mati dan berusha menyediakan bekalan secukupnya untuk hidup selesa di alam akhirat.

sal said...

Assalamualaikum Nur..

Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah.. Ibarat Sediakan payung sebelum hujan..

Info ni sangat berguna .Trima kasih. harus belajar dan kena tahu adab2 bertemu dengan kematian..

Pengetahuan sedia ini membantu kita, lebih bersedia dan tak panik untuk menempuhnya kerana langkah2 awal dapat dilakukan..contohnya ketika menyempurnakan jenazah ayah ibu..

Anonymous said...

Terima kasih penerangan yg banyak membantu..sebenarnya ramai juga yg tidak tahu cara menghadapi situasi bila berlaku kematian dirumah.

Rabia Sensei said...

Terima kasih atas maklumat. Mohon share

Anonymous said...

alhamdulillah..perkongsian bermanfaat

sabasalbi said...

Terima kasih atas perkongsian ini

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...