Empat perkara yang mesti dikurangkan

Juga diberi kesedaran tentang empat perkara yang mesti dikurangkan buat iaitu:

  • kurangkan masa makan - bermaksud jangan lah kita terlebih sangat fikirkan soal makan. Hinggakan asyik mengulang-ulang masa makan kita.. pagi makan, tak lama lepas tu makan lagi, entah berapa kali makan padahal bila masuk tengahari nak makan lagi. Jadi kurangkan masa makan kita.
  • kurangkan rehat dan tidur - banyak tidur boleh mematikan hati. Jangan kita terlebih tidur. Jangan asyik habiskan masa dengan tidur di siang hari, fikirkan malam nanti nak tidur lagi. Jadi usia kita hanya akan berlalu dengan sia-sia jika masa kita asyik terpenuhi dengan tidur saja.
  • kurangkan masa berada di luar masjid - maksudnya biar masa kita banyak berada di dalam masjid, duduk beriktikaf di rumah Allah. Elakkan cenderung ke tempat lain, lebih afdal kita berada di rumah Allah.. solat berjemaah, membaca quran dan ikut majlis ilmu.
  • kurangkan berkata perkara yang sia-sia - disebut sebagai kurangkan bukannya jangan sebab kita sebagai insan yang fitrahnya lemah sering saja terbabas melakukan perbuatan sia-sia. Yang boleh kita buat ialah sentiasa memperbaharui azam agar kurang berbuat perkara sia-sia yang bukan saja tak beri manafaat tapi dikhuatiri hanya akan datangkan dosa... nauzubillah
Firman Allah dalam Surah an-Nisa ayat 28, yang bermaksud: "Allah ingin memberikan keringanan bagimu, kerana manusia itu dicipta  bersifat lemah."

Moga Allah sentiasa ilhamkan kita agar sering usaha dan risau tentang agama. Biar sering timbul harap, takut dan kasih hanya pada Allah. Bila kita berjaya kurangkan empat perkara tersebut InsyaAllah dengan sendirinya kita akan mempunyai lebihan masa untuk membuat penambahan pada perkara2 yang diperkatakan sebelum ini. Moga Allah sentiasa ilhamkan kita... ameen

1 comment:

Anonymous said...

MRT & LMS - kurangkan masa...

M - Makan
RT - Rehat & Tidur

LM - Luar Masjid
S - Sia-sia

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...