Luahan hati seorang warga Palestin di masjid kami malam tadi

"Saya bangga menjadi rakyat palestin.
Saya gembira berjuang demi mempertahankan palestin.
Kami gembira berjuang mewakili anda semua untuk mempertahankan palestin kerana sesungguhnya Masjid Al-Aqsa bukan hanya untuk kami tetapi untuk seluruh umat Islam. 
Kami sesekali tidak akan menyerah kalah.  Perjuangan ini akan tetap di-teruskan sehingga samada kami akan mencapai kemenangan atau kami akan gugur syahid.  Kami akan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Setiap-kali berlaku peperangan alhamdulillah semangat kami makin kuat untuk melawan mereka. Kami tidak pernah merasa takut terhadap zionist laknatullah sebaliknya merekalah yang sebenarnya mengalami ketakutan.

Saya tahu ramai yang ingin menyertai kami di sana untuk melawan zionist laknatullah.  Saya tahu ramai yang bersemangat dan ingin ikut syahid dalam perjuangan ini.  Namun sesungguhnya bukan semua orang dapat mencapai syahid walau bagaimana kuat sekalipun semangat dan keinginan itu.  Hanya orang2 yang terpilih sahaja yang mendapat syahid. He is the chosen one.. Subhanallah. 

Jadi saya mohon, bantulah kami dengan doa anda.  Kami tidak mengharapkan wang tapi kami mengharapkan doa 'brothers and sisters' bersama-sama kami."

Allahu Akbar!


*hiba mendengar ucapan tulus dari tuan sheikh, tambah terharu bila melihat paparan gambar dan video yang pastinya telah menyentuh hati semua yang hadir.  Ya Allah, selamatkanlah Gaza.. Lindungilah rakyat Palestine ya Allah... aminn

1 comment:

Anonymous said...

Salahuddin al-Ayubi dulu menakluki Palestin mewakili seluruh umat Islam, maka kini pejuang2 Palestin berjuang sebenarnya mewakili seluruh umat Islam untuk membebaskan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. Maka apa sumbangan kita? Doa, apa jua bantuan termampu, dan boikot barangan yahudi. Lets do our part.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...