Makaroni Bakar ala-ala Lasagna

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam buat lagi Makaroni Bakar yang ala-ala Lasagna tu.  Memang sedap dan menyelerakan.  Dulu2 kalau buat makaroni bakar asyik2 buat cara biasa yang bila nak mula membakarnya, combine makaroni dan bahan2 yang ditumis dengan bancuhan telor.  Lepas dah siap bakar, boleh la makan makaroni bakar tu dengan air penyicah.  Pun sedap juga cara yang itu, tapi selera anak2 sekarang ni lebih suka pada yang ala-ala western ni... rasa macam makan spageti pun ya juga bila makan Makaroni Bakar ala-ala Lasagna ni.

Cara nak buatnya senang je, jom kita tengok
Bahan dan langkah 1:
seulas bawang puteh, 5 ulas bawang merah/satu labu bawang merah besar, daging lembu impot rm5, tomato puri Kimbal 1 tin(430g), garam dan gula, sesudu besar margerin.
Ok, mula2 panaskan margerin, lepas tu tumis bawang puteh dan bawang merah yang dicincang,  Kemudian masukkan daging yang dah dimesin kering/dicincang lumat.  Tambahkan air untuk empukkan daging.  Bila daging dah masak bolehlah tuangkan tomato puri atau buah tomato yang dah dimesin.  Perisakan dengan garam dan sedikit gula.  Ketepikan buat sementara.

Bahan dan  langkah 2:
Makaroni  2 cawan
Makaroni direbus jangan terlalu empuk.  Kalau empuk sangat dah jadi tak sedap.
Dah siap rebus gaul dengan sesudu margerin/minyak kemudian toskan.  Ketepikan buat sementara. Masuk margerin untuk taknak bagi makaroni melekat2 sama sendiri.

Mula panaskan oven 160' dengan loyang yang dah disapu margerin.

Bahan dan langkah 3: (cara buat Sos Puteh)
susu cair 1 cawan + air masak 1 cawan, lada hitam yang ditumbuk, sesudu besar tepong gandum + sedikit air, garam dan gula, sesudu besar margerin, sekeping cheesedale
Panaskan margerin, kemudian masukkan susu cair di-ikuti dengan cheese.  Masak hingga cheese mencair sepenuhnya baru masukkan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan bancuhan tepong gandum untuk memekatkan sos.  Perisakan dengan garam dan sedikit gula.

Langkah berikutnya:
Campurkan 1 dan 2 biar serata. Ratakan campuran daging dan makaroni itu dalam loyang, tekan2 kan biar padat.  Kemudian tuangkan sos puteh, biar rata sepenuhnya. Sebelum bersedia untuk membakarnya, susun kepingan cheesedale rapat2 atas sos puteh hingga memenuhi loyang makaroni.  Bakar selama 30 - 35 minit dengan kepanasan oven 160'. 

Sekian cerita dari dapur di petang Ahad.  Selamat berbahagia, moga sentiasa diberkati Allah... aminn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...