Rukun Solat


Rukun-rukun solat sebagaimana berikut:

  1. Niat
  2. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, telentang atau dengan isyarat.
  3. Takbiratul Ihram
  4. Membaca surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan tamakninah.
  6. Iktidal dengan tamakninah.
  7. Sujud dua kali dengan tamakninah.
  8. Duduk antara dua sujud dengan tamakninah.
  9. Duduk tahiyat akhir dengan tamakninah.
  10. Membaca tahiyat akhir.
  11. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada tahiyat akhir.
  12. Membaca salam yang pertama.
  13. Tertib, ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

*Tamakninah bermaksud diam sebentar ketika melakukan rukuk, iktidal, sujud, dan duduk antara dua sujud dalam solat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...