Petanda Bahagia Dunia Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim

Kata ustaz dalam satu sesi kuliah Maghrib...

Dengarlah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat buat orang mukmin. Orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan yang disampaikan. Yang hadir di majlis ilmu, mengundang rahmat dan kasihsayang Allah.

Disebut petanda bagi mereka yang bahagia di dunia dan akhirat:
1)Bahawasanya dia seorang yang zuhud dengan dunia. Zuhud lebih tinggi maqam dari warak.  Zuhud maqam bagi orang muttaqin. Warak maqam orang yang soleh. Zuhud  ialah bilamana dia meninggalkan perkara haram dan perkara syubhah dan dia tidak mengambil benda yang halal secara berlebih-lebihan.   Itu erti zuhud, kata ustaz. Mereka ada lebihan dari perbelanjaan, mereka dermakan kepada anak-anak yatim serta orang-orang yang perlukan bantuan.

2)Beribadah kerana Allah SWT dan membaca al-quran.  Begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh  dalam beribadah kepada Allah dan dia membaca al-quran.

3)Dia memelihara sembahyang 5 waktu dan merasa seronok pada kewajipan itu. Orang mukmin yang sejati akan bergetar hatinya bila baca ayat2 Allah dan akan bertambah keimanannya kepada Allah Taala.

4)Sedikit bercakap perkara dunia. Tidak terlalu melampau atau melawak beriya-iya. Sedikit berkata pada perkara yang tak dihajati. Banyak cakap banyak salahnya. Banyak salah banyak dosanya. Dah berdosa, maka neraka-lah tempatnya.

5)Tidak menghampiri benda yang syubhah apalagi perkara haram untuk melayakkan dirinya menjadi wali kepada anaknya. Jadi menghindari dari perkara syubhah dan haram.

6)Tidak sombong. Walau kaya tapi hidupnya memuliakan orang lain, seorang yang tawadhuk merendah diri.

7)Berkasih-sayang kerana Allah Taala.

8)Dia bagi manafaat kepada orang lain. Maksudnya, seseorang yang boleh beri manafaat kepada makhluk Allah Taala. Contoh: berbuat baik bukan saja pada manusia tetapi juga pada haiwan.

9)Sentiasa mengingati mati.

Menyebut tentang sentiasa mengingati mati, berikut dikongsi sambungan pengisian tentang Ingat Mati oleh ustaz yang berpandu Kitab Penawar Bagi Hati.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Pertama2, syukur pada Allah dengan nikmat Iman dan Islam. Pelihara dan tingkatkan. Pelihara dari perkara yang merosakkan Islam. Dapatkan iman yang sebenar-benar. 100% jazam dengan Allah. Yakin 100%. Tak ada dolak dalik, tak ada berubah. Orang suka pun tetap beriman pada Allah. Orang tak suka pun tetap beriman pada Allah. Di-uji senang, tetap beriman pada Allah, di-uji susah tetap beriman pada Allah.

Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita berjaya menjadi umat yang berkat, yang beroleh redha Allah, yang beroleh syafaat Rasulullah SAW. Ikut Muhammad SAW. Apa yang dibawa olehnya di-ambil, apa yang dilarang olehnya ditinggal.

Ustaz berpesan agar banyak2 kita mohon doa pada Allah dengan doa,

"Allahumma barikli fil maut, wa fi maa ba'dal maut"

Maksudnya: "ya Allah berkatilah kematian ku dan berkatilah kehidupan selepas matiku."

Bacalah 100 kali sehari. InsyaAllah akan ada berkat pada mati kita nanti InsyaAllah.

Kata ustaz, banyakkan olehmu akan menyebut perkara yang memutuskan segala kesedapan iaitu mati, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud:
"Perbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)."
Takkala baginda Rasulullah SAW ditanya tentang orang yang pintar, siapakah dia di antara manusia, maka jawab baginda SAW:
"Mereka itulah orang-orang yang memperbanyak mengingati mati, dan sentiasa bersedia untuk menerima mati.  Mereka itulah orang-orang yang pintar.  Mereka telah kembali ke rahmatullah dengan membawa kemuliaan dunia dan kesejahteraan akhirat."

Si kaya yang ingat mati, hartanya dibuat bekal, dijadikan sedekah jariah. Nikmatnya tidur, tapi jangan lupa mati. Tidur, tidur juga tapi masuk waktu solat, segeralah. Suka sangat tidur hinggakan dalam majlis ilmu pun tidur. Kalau nak tidur sangat, tunggu mati. Nanti boleh terus tidur tak bangun-bangun.


Orang-orang soleh bila dah tahu dekat dengan mati, geraknya sentiasa cari redha Allah. Malam tak tidur, Sepanjang waktu ibadah. Hati baik, cakap baik, tiada hasad.. Ibadah saja. Bukan macam kebanyakan orang sekarang ini, walau dah dekat nak mati, masih buat2 tak tahu, macam hebat sangat.

Disebut bahawa dalam kalangan orang mukmin, orang yang paling bijak ialah orang yang selalu menyebut mati. Yang tak bijaknya ialah orang yang duk sibuk mengumpul dan menyimpan barang yang nak ditinggal. Sedangkan barang yang nak dibawa bersamanya ialah amal.

Maka, kata ustaz, banyak2lah sedekah tolong orang, buat baik, ada harta tolong dengan harta, ada ilmu tolong dengan ilmu. Solat sunat, zikir.. itu amal yang nak dibawa. Jangan tinggal ibadah.  Nak tengok bola sepak, pukul 3 pagi pukul 4 pagi sanggup tunggu. Ingat tuan-tuan...bola, bola juga... solat, solat juga... Solatlah, jangan kiranya habis bola pukul 4.30 pagi terus tidur nyenyak sampai subuh terlepas..awas.

Kata ustaz lagi, peniaga yang ingat mati itu peniaga yang jujur. Meniagalah apa pun, tapi peniaga yang baik kalau masak, sedap. Tiada penipuan dalam meniaga sebab dia ingat akan mati, ingat akhirat.

Akhirat merupakan perjalanan yang sangat jauh. Jadi bekal nak kena banyak. Barang yang nak ditinggal tak perlu banyak, hanya sekadarnya. Yang nak dibawa itu perlu banyak. Sebelum solat taubat, muhasabah diri dulu, congak diri sendiri, malulah pada Allah. Ingat akan perjalanan yang sangat jauh. 'Perlu bekal yang banyak'(ustaz ulang pesanan ini 3 kali). Bila kita ingat mati, akan menambah kebajikan, menambah amal. Berubahlah. Kita akan berdepan dengan perjalanan yang sangat jauh. Apa bekal kita?

Wallahu a'lam.

2 comments:

Anonymous said...

Doa selalu agar Allah kekalkan kita di jln yg lurus menuju redha-Nya. Ameen.

FreeCharitySupport said...

Thank you sister. I will strive to remember this dua and say it for a good death en sha Allah. Jazak allah ghair.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...