Cara Membuat Tepung Pelita


Alhamdulillah semalam beriftar dengan Tepung Pelita. Nikmatnya dapat makan tepung pelita, kueh warisan yang sangat saya suka sejak dulu2 lagi.

Nak kongsi cara membuat Tepung Pelita, langkah demi langkah. Sangat mudah sebenarnya cumanya kalau nak lagi singkat masa, elok buat bekas/sampan tepung pelita sehari sebelum hari nak memasaknya. Lagi cepat siap.

Okeh, jom kita tengok macamana cara nak membuatnya. Resepi ini saya guna dari sejak mula2 belajar buat sendiri tepung pelita.

RESEPI TEPUNG PELITA 
(inshaaAllah boleh dapat 37 - 40 biji tepung pelita bergantung pada saiz sampan tepung pelita) 

Daun pisang dilayur atas api dapur gas kemudian potong empat segi tepat lebihkurang 4 x 7 inci. 
Lapiskan tiga helai untuk setiap satu sampan untuk elakkan kebocoran. Lipat di kedua2 hujung dan stepler. Buat sehingga habis. Kalau tak cukup daun pisang boleh lah guna bekas plastik yang buat dadih tu, lapik bekas dengan keratan daun pisang agar tak hilang aromanya.

Bahagian bawah, lapisan hijau:
  • tepung beras  secawan
  • 1/2 sudu kecil kapur makan
  • air daun pandan 4 cawan(mesin 5helai daun pandan dengan secawan air, setelah itu tambahkan air untuk cukupkan 4 cawan)

Cara: Panaskan air dalam kukusan. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Susun sampan daun pisang dalam kukusan berlubang. Isikan satu sudu kecil gula(umbu/menggunung) ke dalam setiap sampan. 

Kemudian baru dituangkan campuran lapisan hijau tadi sebanyak 1/3 penuh.


Kukus selama 15minit. 

Setelah masak, tuangkan pula campuran bahan untuk bahagian atasnya. 

Bahagian atas, lapisan santan:
  • tepung beras 1 cawan
  • Pati santan 1 cawan
  • Air 4 cawan
  • garam 1 sudu kecil

Panaskan santan dan air kemudian campurkan bancuhan tepung beras. Masak hanya sampai mendidih, tutup api. Kacau biar serata. Tuang ke atas lapisan hijau.

Kukus balik selama lebihkurang 10minit.

Alhamdulillah selesai.  Tepung Pelita enak dimakan selepas disejukkan beberapa jam dalam peti ais. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...