Resepi Kueh Sagu Merah Kegemaran Ibu

Assalam.
Bila sebut kueh sagu sering teringat ia kueh kegemaran ibu.... Dulu2 mak selalu buat kueh ni. Asal buat je mesti warna merah. Berbeza bila buat agar2 mak sesekali tukar2 kaler, kadang merah kadang hijau namun untuk kueh sagu ni, emak hanya titik pewarna merah...

Resepi Kueh Sagu

Bahan2:
  • biji sagu saiz kecil 1  1/2 cawan
  • gula 1  1/4 cawan
  • air 4  1/2 cawan
  • daun pandan 3 helai disimpul
  • beberapa titik pewarna merah/pink
  • beberapa titik perisa Rose
  • Kelapa parut puteh bergaram untuk salutan
Cara buatnya:
  1. Panaskan air..... bila menggelegak masukkan sagu yang telah disiram air sekali lalu dalam penapis santan.
  2. Masakkan sehingga agak likat dan kurang bilangan biji2 sagu yang masih berwarna puteh.
  3. Masukkan daun pandan + gula..... kacau lagi biar sampai likat dan bersinar.
  4. Masukkan pewarna dan perisa Rose
  5. Buang daun pandan (nak tau kueh sagu dah masak elok, bila tarik daun pandan ia senang keluar takde melekat2 sangat)
  6. Tuangkan ke dalam loyang yang dibilas terlebih dahulu *perlu dibilas supaya kueh senang dikeluarkan dari loyang, tidak begitu melekat*
  7. Tunggu sejuk dulu baru sambung sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan kueh dah agak pejal, boleh la dipotong2 dan disalutkan dengan kelapa puteh yang siap digaul sedikit garam.
Sangat sedap kueh sagu ni...makan sejuk2 keluar dari peti ais...pasti sentiasa rasa nak ulang buat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...