Juadah Raya ~ Satay Ayam dan Satay Daging


Alhamdulillah... Salam eidul fitri.

Untuk juadah hari raya pertama, kami buat Satay. Satay antara menu faveret bila tiba hari raya. Pastu pulak yang jadi lebih bersemangat nak buat satay untuk raya pertama tu sebab dah ada tempat pemanggang yang sangat cekap..hehe.. Ia nya ialah periuk ajaib serbaguna 💏

Periuk ni hadiah dari anaknda. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka2. Tenkiu anakku. Rasmikan periuk ni hari tu  buat ayam percik. Alhamdulillah berhasil dengan jayanya😀

Okeh, berbalik pada satay, lepas perap sate selama 3jam, dah boleh terus bakar satay dalam periuk ajaib ni. So selamat tinggal cara bakar satay guna arang..he.he..

RESEPI SATAY DAGING DAN AYAM

Bahan2nya:

1 kg daging/isi ayam
3 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 bawang merah besar
3 ulas bawang puteh
1 sudu kecil umbu Jintan manis
**jintan puteh (gandakan 2x dari jintan manis)
**ketumbar  (gandakan 2x dari jintan puteh) **
Garam 1 sudu kecil
Gula 1  1/2 cawan gula

Cara membuatnya:

Bahan bertanda ** disangai (goreng tanpa minyak) terlebih dulu sebelum dimesin kering

Blend bahan2 lainnya.potong daging/ayam secara kiub kecil
perapkan bersama bahan2 blend 1 dan 2
Perisakan garam dan banyakkan sukatan gula. Semasa membakar satay, renjiskan minyak yang diambil dari kuah satay.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...