Alhamdulillah hari ini kami sekeluarga menerima beberapa orang tetamu istimewa.
Juadah Nasi Minyak berlauk Gulai Ayam bersedia menyambut tetamu di meja hidangan. Acar Mentah dan sambal belacan menjadi pengiring gulai ayam. Untuk dessert pula, saya rai'kan tetamu dengan Puding Buah Cocktail (di sini) dan Tapai Pulut beserta Carrot Cake. Alhamdulillah semua nampak suka...syukur lah.
Bersempena merai'kan suasana, saya nak share lah cara2 membuat Tapai ni. Dah pernah kongsi resepi dan cara2 membuatnya dalam blog saya yang dulu(boleh klik di SINI). Maka hari ini nak ulang bercerita pasal tapai ni dalam blog Matahati pula..he he...
Tapi kan...
Tapai saya kali ni agak lebih maju sebab ada taruk kaler sikit...hahaha
Saya kopipes idea ni selepas hadir di majlis rumah terbuka sahabat baik saya semasa balik Kelantan, raya hari tu. Sahabat saya order tapai tu dari katering untuk dessert, saing dengan juadah nasi dan lauk pauk untuk open house nya. Memang tersangat menarik tapai bila diletak kaler macam tu.. Terbaik!!
Memang advance orang kelantan! .. Ahamdulillah👍👍
Makanya...kita kopipes je la ya cara membuat tapai dari blog lama.😍😀
Cuma saya edit lah sikit bahagian nak letak kaler tu...
Cara:
Malam ini bungkus tapai, malam esok tapai dalam keadaan demam, keesokkan paginya tapai dah sedia untuk dimakan tapi tengahari/petangsikit baru tapai betul2 manis.
~tips~ contoh 36 jam tempoh memeram tapai: Jam 6petang hari Khamis sedia untuk sorok tupperware dalam kabinet dapur, jam 6pagi hari Sabtu keluarkan tupperware, buka dan rasa tapai lalu terus sambung sejukkan tapai dalam peti sejuk.
~~~~~~~~~
Tapai ni nak kena ada bakteria baik. Untuk tumbuhkan 'bakteria baik' ni dia kena tak boleh ada cahaya dan juga angin. Thats why kena letak tupperware yang kedap udara kat tempat agak gelap sikit. Contoh: Dalam kabinet dsb. Kalu tak ada 'bakteria baik' maka tak jadi lah tapai. Wallahu a'lam.
Sekian, wassalam😍

- sekilo beras pulut
- 1/4 dari sebiji ragi *sebiji ragi dibahagi 4...ambil 1 bahagian sahaja*
- air 1.5 - 2 cawan
RESEPI TAPAI PULUT
Bahan-bahannya:
Cara:
- Bahagikan pulut kepada dua bahagian(1/2kg setiap satu) Rendam pulut selama 2 jam. Satu bahagian rendam dengan air yang dititik pewarna , satu bahagian lagi tanpa ada pewarna.
- Kemudian toskan.
- Kukus pulut yang puteh selama 15 - 20minit.
- Keluarkan pulut dari kukusan, pindahkan ke dalam satu besen/periuk.
- Kukus pula pulut yang berwarna.
- Sementara pulut yang berwarna sedang dikukus, arung pulut puteh dengan secawan air.
- Arung rata.
- Setelah alihkan yang bewarna, kukus balik yang puteh sampai periuk keluar wap(+-15minit)
- Ulang buat yang sama bagi pulut yang berwarna..
- Keluarkan pulut dari kukusan, biarkan pulut betul2 sejuk.
- Hancurkan ragi, taburkan ragi ke atas pulut *seeloknya guna penapis, biar rata kena semua bahagian pulut*
- Boleh mula masukkan pulut kaler sebelah menyebelah dalam bekas seperti dalam gambar.
- Masukkan tapai yang dah siap di-pek ke dalam satu tupperware besar.
- Tutup tupperware dan letakkan tupperware di tempat gelap, contoh di dalam kabinet. (Kalau kabinet itu sering dibuka-tutup, elok lah cover/balut tupperware tu dengan paper atau kain).
- PENTING: Hanya boleh dibuka tupperware tersebut selepas 36 jam(sehari setengah).
Malam ini bungkus tapai, malam esok tapai dalam keadaan demam, keesokkan paginya tapai dah sedia untuk dimakan tapi tengahari/petangsikit baru tapai betul2 manis.
~tips~ contoh 36 jam tempoh memeram tapai: Jam 6petang hari Khamis sedia untuk sorok tupperware dalam kabinet dapur, jam 6pagi hari Sabtu keluarkan tupperware, buka dan rasa tapai lalu terus sambung sejukkan tapai dalam peti sejuk.
~~~~~~~~~
Tapai ni nak kena ada bakteria baik. Untuk tumbuhkan 'bakteria baik' ni dia kena tak boleh ada cahaya dan juga angin. Thats why kena letak tupperware yang kedap udara kat tempat agak gelap sikit. Contoh: Dalam kabinet dsb. Kalu tak ada 'bakteria baik' maka tak jadi lah tapai. Wallahu a'lam.
Sekian, wassalam😍
4 comments:
Tq ... sy nak cuba !
Sila2 tuan.
Jazakallah
Berapa lama tapai bokeh bertahan sblm jadi basi/busuk?
Menarik....sy share resepi ya
Post a Comment