Resepi Puding Cocktail Paling Sedap

Alhamdulillah buat lagi puding yang sama macam hari tu. Tapi tukar buah.  Kalau hari tu buat pakai buah peach, kali ni tukar pakai buah cocktail pula. Alhamdulillah memang terbaik... Ini resepi puding cocktail paling best bagi saya...👍🌸

Semua suka, tak boleh berhenti makan dia...hahaha..😉😉

Resepi ni dah ada dalam simpanan saya lebih 28 tahun. Masa tu ofis-mate yang kasi. Katanya, resepi ini lah yang sering beliau ulang buat tiapkali teringat nak makan Puding Cocktail. Alhamdulillah, jazakillah hu khoiron sahabat.. Semoga Allah memberi balasan yang baik buatmu..amiinn

Resepi yang sama dengan Puding Peach. Posting pasal puding peach boleh klik di SINI

RESEPI PUDING COCKTAIL
Bahan2nya:
Agar2 bertali 1 plastik
Air 1 botol 1500nl(saiz botol besar air minuman)
Gula 2 cawan
Susu cair FN/Ideal satu tin
Tepung kastard 1 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Telor 2 biji
Esen vanilla satu sudu kecil
Daun pandan 2 helai
Buah cocktail 1 tin

Cara:
Rendam sekejap agar2. Masak agar2 dengan air hingga agar2 larut sepenuhnya. Tapis. Kemudian dimasakkan semula bersama gula, air buah cocktail dan daun pandan yang disimpul. Masak lagi. Sementara itu campurkan kesemua bahan yang lain kecuali buah cocktail. Kepok2 biar mesra kesemuanya kemudian ditapis sebelum dituang masuk ke dalam periuk agar2. Masak lagi hingga mendidih. Tutup api. Tuangkan agar2 ke dalam loyang yang ditabur buah cocktail. Sedia untuk disejukkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...