Nasi Minyak Istimewa

Alhamdulillah.. Segala Puji Bagi Allah. Esok kami dah raya💗💗

Tadi dalam wasap group kawan2 sekolah ada timbul cerita pasal Nasi Minyak. Ramai yang sumbangkan idea dan resepi masing2. Saya time tu sebenarnya tengah sibuk nak siapkan tempahan cookies orang yang nak kueh lepas raya, tapi masih sempat kejap menyelit sumbang resepi Nasi Minyak saya..he he

Resepi ini lah yang seringkali saya guna bila tiba masa nak buat nasi minyak. Alhamdulillah, nasi minyak ini boleh kata istimewa lah jugak kiranya bagi selera kami sekeluarga. Bau harum minyak sapi wangi memenuhi ruangan dapur time nasi minyak baru2 nak masak ...fuhhh👍👍

Jom kita tengok resepi...resepi mudah2 je..tapi yang pasti belum pon habis sepinggan nasi, dah rasa nak tambah lagi.😀😀

RESEPI NASI MINYAK ISTIMEWA
(gandakan sukatan untuk lebih kuantiti beras) 

Bahan2:


  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • sedikit susu cair
  • rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
  • bawang puteh 3 ulas - cincang
  • bawang merah 5 ulas -mayang
  • halia 1 inci - mayang nipis /cincang
  • garam 1 sudu kecik
  • asam limau 1 slice je
  • sedikit kunyit debu
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • kismis sebagai hiasan


Caranya:

Tumis rempah 4 sekawan, bahan yang dimayang sampai kegaringan.Masukkan air.Bila mendidih air masukkan beras, bubuh daun pandan, masukkan susu, kunyit debu, garam dan perah asam limau.Tudung periuk, biarkan masak sendiri.Bila nasi dah masak, bolehlah taburkan kismis. Tutup balik periuk biar kismis kembang sikit sebelum hidang nasi.

***jika guna rice cooker, tumiskan bahan atas dapur gas dulu, bila dah selesai perah asam limau, baru alihkan periuk ke rice cooker.

*** saya pakai beras Jasmin(gambar Jalaluddin Hassan pakai kot kelabu). Jadi sesuai sukatan beras dengan kuantiti air. Kalau guna beras siam, kena tambah lagi air.

Istimewanya nasi minyak ni sering digandingkan makan dengan Gulai Ayam...
Tak ketinggalan Acar dan sambal lada



Sekian, wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...