Cara Membuat Pavlova

Assalam.
Malam ni kira kerja overtime la ..he he... Selalu tu time macam ni dah lama lena, tapi malam ni kena buat pavlova untuk jamuan ofis anaknda. 

So sesambil tunggu  pavlova dalam oven tu, jom...kita tengok cara nak membuat nya.

Okeh apa yang perlu ada ialah:
Telor puteh 4 biji (saiz besar)
Gula ising satu cawan
1/2 sudu besar tepong jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan

*Nota: berhati2 semasa nak asingkan telor kuning dan telor puteh, jangan ada telor kuning tercampur dalam telor puteh. Air pun jangan dibiarkan bertitik dalam telor puteh. Sebaiknya selepas membasuh telor, lap kulit telor dan tangan biar kering.

Topping:
1 cawan whipping cream*saya guna brand RICH kotak biru

1   1/2 sudu besar gula

1/2 sudu teh vanilla

Fresh fruit - buah kiwi dan strawberries

Cara buat pavlova:
  1. Panaskan oven beserta loyang yang disapu margerin pada suhu 140C. 
  2. Pukul puteh telor sampai kembang dan jadi kental.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi.Pukul sehingga adunan rasa licin di jari, tiada lagi kesan butiran gula.
  4. Masukkan tepung dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je.
  5. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata.
  6. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik. Sapu margerin pada bulatan yang ditanda.
  7. Sendukkan adunan puteh telor memenuhi bulatan-bulatan.
  8. Bakar pada suhu 140' C selama sejam. 
  9. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. kemudian baru dikeluarkan. 
  10. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba... :))
Wassalam.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...