Resepi Asas Roti Burger

Alhamdulillah agak kerap la sekarang saya buat roti burger. Habih je buat, habih je buat. Kira nya kalau ada stok roti burger ni, senang...boleh dibuat pelbagai roti bukan terhad untuk burger sahaja. Kadang buat roti telor, banjo, sapu margerin dan letak cheesedale. Kira banyak yang boleh di-variasikan dari roti asas ini.

Jom kita tengok resepi. Resepi ni dapat dari salah seorang rakan blogger masakan di alam maya ini. Tqvm Seri, jazakillah... semoga mendapat balasan yang baik...aamiinn

RESEPI ASAS ROTI BURGER

Bahan2nya:
* 250 gram tepung high protein/ tepung roti
* 50 gram tepung gandum
* 2 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 besar tepung susu
* 1 ½ sudu kecil yis
* 1 biji telur (kecil) - (tinggalkan sedikit untuk gliss pd roti)
* 2 sudu besar butter
* 100 ml susu segar
* 60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara membuatnya:
Saya masukkan kesemua bahan bermula dengan bahan cecair di-ikuti dengan tepung, gula dan sebagainya ke-dalam Bread Maker (Empress Cosway) dan tekan menu nombor 8. Biarkan BM buat kerja. Bila berhenti, tekan sekali lagi biar uli lama sikit. 
Setelah selesai, biarkan doh naik dulu baru dikeluarkan dari BM dan bulat2 kan dan leperkan sedikit membentuk roti burger. Setiap doh roti seberat 65g setiap satu.. Tunggu doh naik dua kali ganda baru mula panaskan oven. Setelah panaskan oven selama 10minit baru disapukan gliss pada doh roti dan dibakar selama 13minit pada suhu 170'C. Alhamdulillah.

Jom buat sendiri roti burger. Berbeza luar biasa rasa roti dari yang beli ready-made kat kedai tu. Lebih sedap, lebih lembut...alhamdulillah. 

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...