Kueh Bengkang Untuk Iftar

Assalamualaikum.


Alhamdulillah dah masuk 11 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan terhadap orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183) 

Ramadhan kita sambut dengan hati yang gembira kerana Allah telah limpahkan kehalusan hati nurani dalam diri kita. Kita jadi teruja lalu bersungguh-sungguh berbuat amal berbeza dari bulan-bulan lain. Hikmah Ramadhan boleh menjana ketakwaan atau dalam bahasa mudahnya dapat melahirkan hamba Allah yang bertakwa, sebagaimana yang Allah sebut dalam ayat 183 itu, di mana hasil dari konsisten beramal di bulan Ramadhan InsyaAllah mudah-mudahan mampu menjadikan kita sebagai orang yang bertakwa....aminn

Alhamdulillah Kueh Bengkang mewarnai dapur hari ini untuk dibawa ke majlis iftar Masjid Assalam. Pembetulan ya, semalam tu bukan kueh bengkang..itu kueh bombai...he he (saya terdengar semalam tu ada yang menyebut2 itu kueh bengkang. Yang hari ni baru betul kueh bengkang ya tuan..)😁
**Posting Kueh Bombai di SINI







RESEPI KUEH BENGKANG FZMENU

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telor
  • 3 cawan gandum
  • 1½ cawan gula 
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 cawan air daun pandan
  • ¾sudu kecil garam
  • sedikit vanilla

Caranya senang je....
  1. Pukul kesemua bahan dalam satu mangkuk besar. Nak senang blend je semua bahan dalam pengisar jus. 
  2. Dalam pada itu panaskan loyang yang telah disapu minyak/margerin.
  3. Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang, bakar dalam oven selama sejam.
  4. Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk hidangan.
Resepi dari SINI🍀🌿

Sekian..jazakallah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...