..bermula dari SINI
بسم الله الرحمن الرحيم
Pengertian Umrah pada syarak
iaitu:
Mengunjungi Baitillah (Kaabah)
untuk melaksanakan rukunnya mengikut syarat-syaratnya
serta melaksanakan wajib-wajibnya.
Hukum (melaksanakan) Haji dan Umrah adalah WAJIB sekali seumur hidup.
Dalil wajib haji dan umrah:
Surah al Baqarah ayat 196
yang bermaksud:
Sempurnakan haji dan umrah kerana Allah.
SYARAT WAJIB UMRAH
Syarat Wajib Umrah tambahan bagi wanita
1)dengan izin suami atau wali
2)ditemani suami atau mahram
Wanita Wajib Berteman
Hadis Nabi SAW yangbermaksud:
Aku mendengar Rasulallah SAW bersabda:
Jangan bersunyi-sunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada bersama nya mahram dan jangan seorang perempuan itu musafir seorang diri, kecuali bersama mahramnya. Maka berdiri seorang lelaki lalu berkata,: Ya Rasulallah, sesungguhnya isteri aku telah keluar kerana hendak mengerjakan haji, dan aku telah membuat ketetapan untuk pergi ke medan peperangan. Lalu Rasulallah SAW bersabda: Pergilah engkau mengerjakan haji bersama isterimu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
**Apabila teman yang wajib tidak diperolehi
Harus bertemankan 2 wanita yang dipercayai(beriman, berilmu dan amanah)
Jika tidak dapat:
Harus pergi sendirian jika yakin keselamatan diri terjamin
KEHARUSAN di atas hanya bagi haji dan umrah wajib sahaja
Bagi haji dan umrah sunat, tanpa ditemani suami atau mahram, hukumnya haram
Mahram bagi wanita:
(Lelaki yang haram dinikahi)
Bapa > datuk dan seterusnya
Anak > cucu dan seterusnya
Abang > anak, cucu dan seterusnya
Adik > anak, cucu dan seterusnya
Bapa saudara sebelah bapa
Bapa saudara sebelah ibu
Anak susuan
Bapa mertua
Anak tiri
Menantu
~~~~~~~~~
Rukun Umrah
Pengertian Rukun:
Pengertian Wajib Umrah:
... bersambung di SINI
**rujukan nota kursus haji dan umrah

- Islam
- baligh
- berakal
- merdeka
- berkuasa iaitu (a)dengan sendiri (b)dengan pertolongan orang lain

- perkara asas
- mesti dilakukan sendiri
- jika tidak dilakukan atas sebarang sebab samada sengaja, lupa, jahil dan sebagainya maka TIADA umrah. (Rukun Umrah menjadikan umrah. Jika tidak dilakukan salah satu atau semua perkara rukun itu samada sengaja, lupa, dipaksa atau jahil maka TIADA umrah).
Rukun tidak boleh diganti, ditukar, ditebus dan sebagainya dengan apa jua.
RUKUN UMRAH
- niat ihram
- tawaf
- saie
- bercukur atau bergunting
- tertib
Pengertian Wajib Umrah:
Perkara yang Wajib dilakukan oleh Jemaah Umrah.
Hukum jika tidak melakukannya:
(1)sengaja tidak melakukannya -
- sah
- berdosa
- wajib dam
(2)tidak sengaja tidak melakukannya -
- sah
- tidak berdosa
- wajib dam
WAJIB UMRAH
- Niat Ihram di Miqat (tempat)
- Meninggalkan pantang larangan Ihram
... bersambung di SINI
**rujukan nota kursus haji dan umrah
No comments:
Post a Comment