Buat Roti Jala Untuk Hari Raya Kedua

Allahu Akbar.
Syukur ke hadrat Illahi dapat sambut raya bersama keluarga.. Alhamdulillah.
Aidilfitri kali ini dapat di-rai'kan bersama seisi keluarga walau dalam musim pkpb. Alhamdulillah anak2 dapat balik kerana tiada halangan untuk rentas daerah. Shah Alam - Gombak - Bukit Beruntung... Bukan di luar kawasan. Yang tak dibolehkan ialah rentas negeri. Bertabah ya semua anak rantau, inshaaAllah sama2 kita doakan agar dugaan normal baru yang sedang kita hadapi ini segera pulih seperti sediakala.. Aamiinn

Alhamdulillah walau berdepan dengan kemelut pkpb atas asbab wabak penyakit Covid19, Aidilfitri tetap kami rai'kan sebaik mungkin. Syukur lah, mamatok dan papatok dapat jumpa cucunda Aisyah dan Fateh di hariraya...huuu.

Hari raya pertama dimulakan dengan sekeluarga berjemaah Solat Hari Raya siap dengan bacaan teks Khutbah Aidilfitri di-ikuti dengan bersalam-salaman di pagi raya. Acara foto-shot di dalam dan di luar rumah diteruskan sebelum kembali ke meja makan untuk menjamu selera.


Juadah Raya berupa Nasi Dagang  sebagai menu utama berlaukkan Gulai Ikan Tongkol dan Gulai Telor. Resepi Nasi Dagang boleh jengok di SINI dan di SINI. Alhamdulillah anak menantu pakat tolong masakkan 2 ekor ayam untuk menu Rendang Ayam digandingkan makan dengan nasi impit. Kira kenyang lah kami anak beranak makan juadah raya tempohari.

Sempat dikirimkan sedikit Nasi Dagang untuk keluarga besan di Gombak. Anak saudara pun  dapat tapau sedikit untuk dibawa balik makan dengan rakan2 di rumah sewa. Alhamdulillah.



Hari Raya kedua, menu Raya bertukar. Pagi2 selepas subuh, buat gulai 2 ekor ayam untuk Gulai Ayam di-makan dengan Roti Jala.



Mudah je buat Roti Jala ni. Jom kita tengok resepi nya. Walaupun mudah, ditulis juga khusus untuk rujukan anak2 yang nak cuba2 mengirai/menjala Roti Jala.. Ehe he.....

RESEPI ROTI JALA UNTUK HARIRAYA

Bahan2nya:

  • Sekilo tepung gandum cap Sauh
  • 3biji telor
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa
  • Air masak secukupnya

Untuk gliskan ceper untuk menjala:
~ 2 helai daun pandan dilipat/disimpul
~ Sedikit minyak masak.

Cara membuatnya:

  1. Bancuhkan adunan roti jala biar kecairannya dapat tembus keluar dari semua corong acuan roti jala. Jika masih tersekat2, bermakna kena ditambah lagi air masak hingga adunan keluar lancar dari kesemua corong.
  2. Panaskan ceper untuk menjala. Sapukan minyak di permukaan ceper dengan menggunakan daun pandan. 
  3. Cedukkan acuan roti jala ke dalam mangkuk yang berisi bancuhan roti jala. 
  4. Kiraikan roti jala bermula dari tengah dan teruskan pusaran hingga ke takat mana yang dikehendaki. 
  5. Biarkan masak seketika. Bila nampak tepi2 nya terangkat dan sedikit ikal, dah boleh di-angkat roti jala tersebut.  Tak perlu diterbalikkan. 
  6. Ulang buat yang seterusnya.

**nota: elok ada dua atau tiga ceper sekaligus untuk menjala atas gas stove berasingan. Cepat siap dan tidak lah perlu menunggu lama untuk habiskan menjala sekilo tepung itu.
**saya tukar guna minyak bukan santan dalam bancuhan agar Roti Jala tahan lama.. Sampai malam pun alhamdulillah tak basi.

Sekian wassalam. 

1 comment:

Raja Suria said...

Sedap2nya menu
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...