Alhamdulillah Allah rezekikan dapat hadir di rumah Allah malam tadi. Usai solat Maghrib berjemaah, para Imam serta jemaah seterusnya beramai² membaca Yasin sebanyak 3x ;sebagaimana amalan yang dianjurkan oleh Ulama yang boleh dilakukan pada malam Nisfu Syaaban.
Bacaan Yasin yang pertama, niat: agar Allah panjangkan umur dalam keberkatan,
Bacaan Yasin yang kedua, niat: agar dijauhkan dari musibah dan diberikan keluasan rezeki yang halal
Bacaan Yasin yang ketiga, niat: agar dihadiahkan kematian yang husnul khotimah dan kebahagian hidup dunia dan akhirat.
آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن
Pada malam Nisfu Syaaban, afdhal untuk kita bersungguh² berbuat amalan sunat termasuk membaca alquran, memperbanyakkan berdoa dan beristighfar ke hadrat Allah Taala.
Imam al-Syafi’i berkata: “Telah sampai kepada kami bahawasanya selalu dikatakan bahawa permohonan akan dikabulkan dalam 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam hari raya Idul Adha, malam hari raya Idul Fitri, awal malam di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.” (ruj: al-Umm li al-Imam al-Syafi’i, [1/231]).
..................................
“Dari Mu’az bin Jabal, dari Rasulullah SAW bersabda: “Allah Ta‘ala melihat kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu memberikan ampunan kepada seluruh makhluk-Nya kecuali kepada orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahih-nya [12/481] dan al-Tabrani dalam al-Mu'jam. Hadith seumpama ini datang dari banyak jalur riwayat, Imam Ibnu Hibban telah mensahihkan riwayat ini)
......................................
Wallahu a'alam.

