Syukur dan tahniah kerana kita berjaya melepasi hari pertama ramadhan.
Surah Al-Baqarah:183 - Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Yang dimaksudkan dengan taqwa:
Taqwa bererti taat kepada Allah, jauhi maksiat dan bersyukur kepada Allah.
Surah Al-Mā'idah:35 - Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya);
Taqwa ~ sentiasa takut kpd Allah. Rasa takut Allah sedang melihat.
Taqwa ~ membersihkan diri dan memelihara dari maksiat.
Surah An-Nūr:52 - Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan akan diampunlan dosanya yang terdahulu.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]
Berpuasa-lah bukan kerana adat, bukan kerana mengikut orang.
Seseorang yang berpuasa yang mengharapkan kebaikan bagi dirinya.

No comments:
Post a Comment