Baca Quran


Alhamdulillah semalam tu sementara tunggu pengumuman puasa atau tak hari ini, ramai² ikut ustad baca dan betulkan bacaan alquran.

Sebelum masuknya bulan ramadhan di mana bulan yang diturunkan alquran, tuan Imam Amirul mengajak semua jemaah cuba perbanyakkan membaca alquran di bulan ramadhan ini InshaAllah. Moga² Allah menerima amalan kita, Aamiinn.

Sambung ikut Imam baca Surah al Baqarah ayat 246 di m/s 40.

Dalam pada itu dapat mesej dari anaknda, kata puasa hari Khamis 19hbFeb, 2026. Jadi malam esok jom beramai² kita memenuhkan masjid.  Kita datang awal berjemaah Maghrib, solat Isyak kemudiannya solat Terawih.. إن شاء الله

No comments:

Blog Archive