Tazkirah 8 Ramadan 1447H



Doa semoga nikmat ibadah yang Allah kurniakan ini berkekalan hingga ke-akhirnya.

Sesungguhnya bulan ramadan bulan yang luar biasa.

Siapa yang melakukan solat dengan keimanan, Allah akan ampunkan dosa²nya.

✔️Bulan ramadan bulan yang nak latih kita, nak disiplinkan kita agar jadi lebih baik, untuk nak jadi satu orang yang soleh.

✔️Bulan ramadan, bulan untuk kita menghidupkan bacaan alquran. 

Sebab kita ambik kemuliaan, apa yang nabi buat kita tiru.

Lapangkan dada, perkasakan diri diri kita dengan selalu membaca alquran.

✔️Bulan ramadhan, bulan yang kita kena perbanyakkan ibadah.

✔️Kita juga dianjurkan banyak bersedekah.

Nabi suka bersedekah, dan bila tiba bulan ramadan nabi SAW lebihkan sedekah berbanding hulan yang lain. Sedekah yang kita infakkan pada masjid boleh bayar bil letrik dsb, jadi contohnya ada banyak kipas di ruang solat maka jemaah boleh beribadah dengan lebih selesa.

Kebaikan bukan saja sampai kepada diri kita malah sampai juga pada orang lain.


Wallahu a'lam.

No comments:

Blog Archive