Ibadah puasa beri pengaruh yang sangat besar. Puasa boleh hindarkan diri dari maksiat.
Yang berpuasa dengan taqwa, dia mampu menahan diri dari berbuat perkara keji yang mengundang dosa.
.......................
Semua amalan manusia untuk dirinya, yang akan dibentangkan di akhirat nanti dan mendapat balasan kecuali puasa, di mana ibadah puasa seseorang hamba itu Allah sendiri yang akan membalasnya.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Setiap amalan anak-anak Adam itu adalah untuknya sendiri kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang akan memberikan ganjarannya.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
........................
Dan puasa itu merupakan benteng. Kalau di-ajak berkelahi, katalah aku ini berpuasa.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah perisai (daripada perbuatan dosa). Apabila seseorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah (samada dari segi perbuatan ataupun percakapan) dia melakukan perkara keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil. Sekiranya seseorang mengajaknya bertengkar atau menghinanya, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa”.
(Riwayat Abu Dawud)
............................
Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.
Riwayat al-Tirmizi (696)
............................
Siapa yang tak tinggalkan kata² keji, maka sia²lah puasanya.
Daripada Abu Hurairah R.A, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan masih melakukannya (berkata dusta), maka Allah SWT tidak berhajat (tidak menerima) kepada perbuatannya yang meninggalkan makan dan minumnya (yakni puasanya).”
Riwayat al-Bukhari (1903)

No comments:
Post a Comment