Alhamdulillah dapat hadir di rumah Allah.
Kata ustad....
Kita minta pada Allah kita dapat berhimpun dengan bulan ramadhan. Moga sihat tubuh badan dapat beramal. Buat yang terbaik, kekalkan..biar istiqamah. Buat yang termampu... buat mana yang larat..larat 8 buat 8, larat 20 buat 20, kata ustad.
Hari ini dah 22 Syaaban hari ini.
Amalan doa, teruskan...Allahumma bariklana fi Syaabana wabalighna romadan. Ya Allah berkatilah diriku di bulan Syaaban dan Allah sampaikan lah aku ke bulan Ramadhan..aaminn
Rezeki... Apa saja yg kita ambik manfaat daripadanya, itu rezeki. Rezeki bukan berupa makanan sahaja. Mohon agar Allah rezekikan kita nikmat ibadah.
Amalan dibawa naik ke langit secara harian, mingguan dan tahunan.
................
Malaikat melaporkan setiap amalan secara harian:
“Para malaikat bergilir-gilir kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berkumpul pada solat Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat yang bermalam kembali dengan membawa laporan amalan…” (HR Bukhari & Muslim)
...............
Malaikat melaporkan amalan secara mingguan:
“Sesungguhnya amalan-amalan hamba dibentangkan pada hari Isnin dan hari Khamis.” (HR Abu Daud dan al-Nasaie)
................
Malaikat melaporkan amalan secara tahunan:
"Ia (bulan Syaaban) adalah bulan diangkatnya amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam."
(HR al-Nasaie)
....................
Setiap jiwa(roh) pasti akan merasakan mati. Tiap² yang bernafas akan mati. Itu pasti.
Jadi beramal lah semasa masih ada kesempatan.
Duduk dlm majlis ilmu ini merupakan makanan rohani. Baca quran, Sembahyang sunat, Sujud di tengah malam, Menangis sujud pada Allah Taala. Itu semua makanan rohani.
Baca fatihah, baca qulhuwallah ingat dengan makna. Bukan baca nak cepat habis. Hadirkan makna dalam surah yang dibaca semasa solat.. inshaaAllah jika hadir makna, akan mampu menangis di dalam sujud.
Yang parahnya kita ini, bila tak rasa akan dosa. Cth: Pergi ke pasar malam waktu maghrib , tak rasa berdosa.
Hati kita Allah taala matikan bila tak rasa dosa...rasa takde apa. Allahu..
Firman Allah SWT:
“Setiap yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.”
(Surah Ar-Rahman, 55:26-27)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa hanya Allah yang bersifat kekal. Segala makhluk, termasuk langit, bumi, manusia dan jin, semuanya akan fana (binasa), hanya Allah yang bersifat Baqa'.
10 perkara yang dikekalkan oleh Allah pada Kiamat:
Syurga, kekal sampai bila²
Neraka
Luh mahfuz
Kursiy
Qalam
Arasy
Roh
Jasad para nabi dan rasul
Jasad fi sabilillah
Tulang sulbi
Doalah agar dapat mati dalam husnul khotimah. Moga kita ramai² dapat bertemu di Syurga Allah...isteri/suami, ibubapa, adik beradik, anak², cucu², kawan²...moga² dapat menjadi penduduk Syurga inshaaAllah.. Aamiin

No comments:
Post a Comment