Alhamdulillah bersambung dari SINI...
Balik dari Floating Market, innalillah perut macam tak berapa nak kenyang. Rasa nak makan nasi jugak. Makanya saya, en somi, Hanis, Wan, Leen dan Nuar ikut Yati ke Asean Night Market dengan menaiki tut-tut. All out weyh hari tu! Rasa penat, kita simpan dulu๐๐คญ
Alhamdulillah kenyang, dapat makan nasi dengan lauk sup ekor di tingkat atas Asean Night Market.. Alhamdulillah syukur๐คฒ๐๐
19/11/26
Esoknya pagi² Zack minta kami turun berkumpul jam 6.30 pagi. Aduss! Berpagi² semua memulakan hari.๐๐
Destinasi pertama kami pagi tu, bersarapan di Chabura Dimsum cawangan Pantai Samila. WOW! Nice sangat tempat. Suasana agak esklusif macam makan² kat hotel gitu..hi hi
Di sana saya dan en somi sekali lagi makan Nasi Pakapau yang memang agak kena la kat tekak kami.. Pastu saya tambah ambik Pau Kaya dan Pau Salted Egg. Alhamdulillah sedap! ๐๐
"Ghisau nak try menu lain, takut tak best", kata en somi.
Selesai makan, ambil peluang bergambar dulu sebelum kami menaiki Tram Kayu untuk pusing² sekeliling pekan lama Songkhla. Ronda naik tram kayu itu kena harga tambang sebanyak 200bath bagi setiap seorang.
Banyak port menarik pemandu tram bawa singgah termasuk di Tugu Kepala Naga di tanjung utara dekat Laem Son On yang suasana laut dari situ nampak begitu luas mata memandang.
Kemudian tram bergerak keliling pekan Songkhla dan singgah di suatu bangunan iaitu Maritime Silk Road Heritage. Ia terletak di Jalan Nang Ngam di Songkhla, merupakan landmark yang mencerminkan pesona kota tua Songkhla. Tempat ini menonjolkan budaya dari pengaruh Thailand, Cina, dan Melayu melalui bangunan lama yang cantik dan seni dinding yang seolah² menceritakan sejarah.
Di kawasan pekan lama Songkhla itu, ada pusat informasi sejarah/budaya Songkhla yang juga menjadi ruang anak-anak muda dan pelajar mempamerkan bakat seni dan bermain muzik iaitu Songkhla Art Center. Jadi kami singgah dengar mereka bermain muzik sambil² membaca tulisan² yang dipamerkan di dinding. Saya gunakan khidmat google translate untuk nak lebih faham apa yang diceritakan. Best muzik yang mereka mainkan. Terhibur kita๐๐
![]() |
Kemudian singgah pula di rumah kelahiran Perdana Menteri Thailand yang ke-16 yang bernama Jenderal Prem Tinsulanonda. Beliau lahir pada tahun 1920 dan menjadi Perdana Menteri Thailand pada tahun 1980 - 1988.
Tram kayu seterusnya membawa kami singgah di Masjid pertama di Songkla iaitu Masjid Ban Bon – Usasan Islam (juga dikenali sebagai Masjid Asasul Islam) yang terletak di kawasan Kota Lama Songkhla. Masjid Asasul Islam berusia sekitar 176 hingga 179 tahun, kerana fakta menceritakan ia dibina sekitar tahun 1847 - 1850.
Semasa kami singgah, masjidnya tengah ada renovation. Makanya saya tak turun, tengok masjid dari atas tram jer...
Tamat sudah sesi round menaiki tram bilamana pemandu tram drop kami di Pantai Samila yang semua dapat menikmati angin pantai yang nyaman sepoi² bahasa. Alhamdulillah nikmat dapat merasa angin pantai hari kedua berada di Hatyai.
Di sini ada mercu tanda Pantai Samila iaitu Patung Golden Mermaid yang ramai pakat² pergi posing dekat dia. Saya pon tak terkecuali, tapi siap pesan kat cikgu Yati yang tolong snapkan gambar, ..."Yati taknak nampak tu tau!"๐๐๐
![]() |
| Wif Yati, ketua rombongan |
Pemandangan indah di persisiran Pantai Samila begitu mendamaikan ditambah dengan bunyi deruan ombak memecah pantai... alhamdulillah๐คฒ
Lama juga lah semua dapat healing² di pantai sehinggalah hujan mula turun. Mula² rintik² je kemudian terus lebat. Maka berlari² la sikit kami berkejar naik bas yang sedang menunggu.
Dalam perjalanan ke tempat gajah, alhamdulillah hujan beransur reda. Jadi rezeki lah kali ini dapat ke tempat gajah sebab datang yang dulu tak dapat singgah dek hujan lebat.
Alhamdulillah sampai di Chang Puak Elephant Camp Hatyai jam 12.30tghari๐ Saya di situ, santai² je.. lain² rakan trip ada yang pergi tengok pertunjukan gajah.. ada yang pergi bagi makan gajah.
Sementara kami beberapa orang senior citizen ni hanya duk posing², sembang² sambil minum teh tarik je..gitew๐ซ . Timakasih Siti belanja! Thanks tau!๐๐
Selesai di situ, perut pun dah berbunyi..hi hi.. Zack langsung membawa kami ke kedai steamboat yang macam datang dulu iaitu Restoran Khlong-hae Buffet.
Allahu..Alhamdulillah Allah rezekikan dapat repeat lagi makan di sini. All you can eat gais, boleh makan sampai kenyang๐๐คฒ
Hari pun petang, semua alhamdulillah kenyang makan. Sebaik saja naik bas, Zack bagi 2 pilihan samada boleh terus balik hotel atau bas akan tolong drop kan kami di Central Hatyai bagi yang masih mau ronda². Saya dan en somi ikut suara ramai..jom singgah jalan lagi..hi hi.. Nak datang lagi ke Hatyai tak tahu bila... kan, kan!๐ซ
Sebelum mula nak ronda² dalam Central Hatyai tu, dah siap² pakat dengan geng trip nanti jumpa balik kat atas jam 7mlm.
Dari sana, kami berpecah kepada 2 kumpulan, satu kumpulan nak ke Makro Hatyai, satu kumpulan lagi termasuk saya menghala ke Asean Night Market. Pergi lagi, padahal malam sebelumnya dah pergi..he he.. Pergi tu sebab ada benda nak beli untuk anak, nenantu dan cucu๐๐
Yati, Leen, Madeena, Iris dan Nuar naik jejantas menghala ke Makro opposite Central Hatyai; manakala kami yang pergi ke Asean Night Market malam tu terdiri dari: my en somi Hishamuddin, Hj Yusuf, Hanis, Khalid, Siti, Milah, KakLang Mala, Kamsirah dan saya. Alhamdulillah, muat la kami seramai 9 orang naik sebuah tut-tut pergi dan balik.
Nak jadi cerita masa balik, dalam ramai² duk pakat cakap kat driver tut-tut ke mana destinasi kami, banyak perkataan garden yang terkeluar termasuk lah Lee Garden. Hah apa lagi, rasa lama la pulak naik tut-tut tak sampai² hotel. Rupa²nya yang lekat kat fikiran pemandu tut-tut ialah Lee Garden๐คฃ๐คฃ Makanya kena topup lagi 50bath lah kami untuk dia berpusing² balik hantar ke hotel kami ATK Garden Hill..huuu... Suatu pengalaman lucu yang segar di ingatan..hi hi๐๐๐
Ok inshaaAllah bersambung lagi last part...
@@@





























































No comments:
Post a Comment