Cukup-cukup lah...


"Alhamdulillah bersyukur kita kerana diberi kelapangan oleh Allah untuk dapat duduk dalam majlis ilmu malam ini...", terngiang2 kata2 aluan oleh S/U masjid sebelum ustaz mengambil tempat untuk sampaikan tazkirah. Ustaz kali ini memastikan kami yang hadir ada al-Quran di tangan masing-masing untuk sama-sama dapat membaca dan menghayati potongan ayat 14 - 19 Surah al-Mujadilah di m/s 544.

Selepas membaca, ustaz huraikan tafsir potongan ayat yang dimaksudkan untuk sama2 diambil iktibar dan peringatan tentang apa yang Allah firmankan.


...maksud ayat:
[14]

Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
[15]
Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
[16]
Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.
[17]
harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.
[18]
(Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.
[19]
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.



**************

Begitu jelas apa yang ustaz terangkan, huraikan tafsir dari apa yang disebut dalam ayat tersebut... Subhanallah.


Sebagai mengakhiri kuliah, ustaz memperingatkan...


"Cukup-cukup lah tu..."
, kata ustaz.
"Cukuplah jika selama ini kita dah buat endah tak endah terhadap apa yang termaktub dalam al-Quran. Quran dah sebut, tapi kita masih buat tak tahu. Tetap tak takut terhadap apa yang Allah larang. Tetap tak ambik pengajaran dari apa yang Allah firmankan...
...Mengaji biarlah betul-betul. Jangan mengaji, tapi tak ikut. Mengaji kena jelas, kena jelas faham apa yang dipelajari. Biar faham betul-betul, biar timbul taqwa, takut pada Allah. Masalahnya, tak kuat rasa cinta untuk mengaji, tidak sungguh2, mengaji bukan untuk tujuan perbaiki amalan.. tu sebab contohnya bagi sesetengah orang mengaji hanya untuk lulus periksa, bukan untuk sebatikan ilmu dalam diri, tiada kemahuan untuk apply-kan ilmu dalam kehidupan seharian. Itu sebab tak timbul taqwa, tak rasa cinta untuk beramal, tak timbul takut bila langgar perintah Allah, tak rasa gerun bila melakukan dosa..."


Wallahu'alam.

12 comments:

Anonymous said...

Cukuplah kita dok bazirkan masa dgn soal remeh temeh, soal dunia belaka. Tolong serius mengaji untuk dapat ilmu, faham halal haram, faham isu Qur'an, apa yg Allah suruh dan larang, dan praktik dlm hidup. Hidup ni pun berbaki tak panjang mana lagi...sudah2lah.

Anonymous said...

Assalamulaikum Nur,

Terima kasih sudi berkongsi apa yang ilmu yang diperolehi.

Werdah said...

Assalamu'alaikum Nur

Sayugia kita banyak mentadabbur ayat-ayat al-Quran supaya timbul rasa gerun dan seterusnya ingin berusaha mempersiapkan diri. Seluruh isi al-Quran mengajak kita berbuat apa yang disuruh meninggalkan apa yang dilarang untuk kebaikan kita juga.

nur said...

Anon,
Manfaatkan hidup yang masih berbaki. Maintain cinta masjid, cinta ilmu.. Semasa badan masih sihat, bangunlah, rajinlah beramal... takut nanti bila tiba2 ditakdirkan jatuh sakit, nak bangun sendiri ambik wudhuk pun dah tak dapat.. perlu bantuan orang.. saat itu baru timbul kesal sebab dah sia-siakan masa waktu tengah sihat.. nauzubiillah

nur said...

Wsalam kak hanim..
Sama2 ambik manafaat dari majlis ilmu.. kita sampai2kan.. cam saya sendiri baru expose terjemahan ayat 14 -19 Surah Al-Mujadilah itu dari kuliah tersebut.. Ngaji tapi tak konsisten baca terjemahan..

nur said...

Waalaikumussalam kak werdah...
Betul tu, dalam apa jua permasalahan kembalilah kita pada al-quran. Quran penunjuk jalan.. InsyaAllah tak akan sesat kita jika kembali pada al-quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan hidup..

Che Mid said...

Assalam nur

Dulu kecik-kecik, mengaji tak khatam pun sebab ustazah kawen dan pindah. Bila dah dewasa che mid belajar balik. Sejak itu, Che Mid pastikan akan membaca al-Quran setiap hari hingga khatam, lepas tu ulang balik. Azam Che Mid supaya istiqomah sampai che mid mati nanti. Semakin lama semakin sayang dengan al-Quran. Tapi che mid sedih sangat bila ada sahabat yg tak mau baiki bacaan dgn alasan malu.. masyallah

sal said...

terima kasih sesangat kerana tazkirah ini..
kita kadang-kala teralpa ye..
moga sentiasa mengingatiNya..

Pemilik Sekeping HAti said...

ya..cukup-cukuplah.......~~~

nur said...

Waalaikumussalam Che Mid..
Kalau Che Mid sebab ustazah pindah, kes saya pula sebab saya sendiri yang pindah.. :)
Suka dengan semangat che mid, lagi bersemangat saya untuk sama2 konsisten buat apa yang patut di usia yang masih berbaki ini, kita teruskan perjuangan ya che mid..
Mohon pada Allah agar kuat hati kita, tetap iman kita.. semata2 hanya kerana Allah..

nur said...

Sal..
Sama-sama. Bila ke majlis ilmu, banyak yang selama ini tak tau alhamdulillah jadi tau.. bila dah tau baru sedar yang betapa banyaknya lagi yang belum tau..
Sama2 kita usaha tambahkan ilmu selagi hayat dikandung badan.. InsyaAllah

nur said...

saleem wahab..
Dah sampai masa kita berenti buat tak peduli... sudah-sudah le kan..
Semua kita nanti akan ditanya.. make sure kita ada peranan masing2, biar pun kecil peranan kita sekurang-kurangnya kita dah do our part..wallahu'alam

Trimakasih sudi singgah baca.. :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...