Akhiran Kisah Bro Bangla


Masa tengah pilih2 bawang, perasan bro bangla yang selalu jaga gerai macam tak ada. Tak nampak pulak kelibat beliau semenjak dua menjak ni. Terus tanya adik yang ganti jaga.. "Dik, mana brader yang selalu tu? Lama akak tak nampak..."

"Ohh yang bangla tu ek kak? Dah berenti dah..."


"Oh..ngapa?"
, cepat2 usul ingin tahu.

"Dah nak balik bangla dah kak..."

"Ooya ke.. anak dia yang kata sakit hari tu caner dah... ok?"


"Dah meninggal dah kak, tu yang dia sedih je time keje... pikiran cam tak tenang, tu yang buat keputusan nak balik sana..."


Innalillahiwainnailaihirajiunn...

...............
........................
..............................

Kisah beliau pernah saya selitkan tak lama dulu (di sini)
Bagi yang pernah terbaca tentu dah tau cerita perihal anak beliau di Bangla yang waktu itu sedang menderita barah otak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Didoakan beliau tabah menghadapi kehilangan orang tersayang, moga mampu menerima ujian ini dengan hati yang redha... aminn.


5 comments:

Cikli said...

semoga dia tabah dan beroleh sinar.

nur said...

Cikli..
Mudah-mudahan InsyaAllah.
Semua Allah Punya, semua kita akan kembali pada-Nya.
Thx cikli

emy hamizah said...

Semoga dirinya trus semangat dan bkrja sprti biasa...

Anonymous said...

Hargailah dan hurmati Bangla yg berkorban harta benda dan jiwa raga demi mencari nafkah buat keluarga tercinta. Mereka juga sdra seIslam kita.

nur said...

emy hamizah..
Timakasih.. itulah yang diharapkan InsyaAllah.


Anon..
TQ.. zahirkan amalan hati dengan budi dan kemuliaan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...