Remaja Jadi Rebutan


Bismillahirrahmanirrahim

Dalam dunia yang semakin tak terkejar teknologinya kini, risau pulak dengan pengaruh hiburan yang datang dalam pelbagai warna. Tak kira versi Melayu ke, Inggeris, Korea... semua jadi kesukaan kebanyakan remaja.

Terngiang-ngiang kata2... remaja adalah suatu zaman paling bertenaga. Bertenaga zahir dan batin. Itu sebab, remaja bagaikan menjadi rebutan pulak kebelakangan ini. Dikatakan jiwa remaja mempunyai lebih daya kekuatan mental dan fizikal. Berbeza dengan orang2 dewasa dan orang-orang tua yang walaupun spiritualnya kuat, namun kurang daya dokongan fizikal. Badan dah tak berapa larat, kekuatan makin menur
un bila usia makin lanjut.

Alangkah beruntungnya jika jiwa remaja yang segar dihiasi dengan nilai-nilai yang baik, tidak tercemar oleh unsur2 sekular yang begitu cepat merebak sekarang ini. Hiburan yang bersepah bagaikan cendawan yang tumbuh di musim hujan, tidak mungkin dapat ditapis jika tidak kuat jati diri.
Renungkan bahwa seseorang itu nanti akan dikumpulkan dengan orang yang dia cintai, yang dia jadikan idola.

Dalam hadits riwayat Thobroni, dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat nanti.”

Bagaimana jika yang dijadikan idola itu adalah seorang penyanyi dan orang itu pula adalah seorang non muslim(orang kafir)? Semoga dapat sama-sama dijadikan renungan. Seharusnya orang yang menjadi idola adalah para Nabi, para sahabat r.a dan para solihin, agar nanti kita akan bahagia berkumpul bersama-sama mereka... aminn

Satu riwayat dalam Shohih Bukhari, Anas r.a mengatakan,
Kami tidaklah pernah merasa gembira sebagaimana rasa gembira kami ketika mendengar sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: Anta ma’a man ahbabta (Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai).”
Anas pun mengatakan:
Kalau begitu aku mencintai Nabi s.a.w, Abu Bakar, dan Umar. Aku berharap dapat bersama dengan mereka karena kecintaanku pada mereka, walaupun aku tidak mampu beramal seperti amalan mereka.

Dari Anas bin Malik ra., meriwayatkan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Bilakah akan berlaku hari Kiamat wahai Rasulullah? Baginda Rasulullah SAW menjawab: Apakah persiapan engkau untuk hari itu? Dia menjawab: Aku tidak ada persiapan untuk itu dengan banyak bersolat. dan puasa sunat atau pun bersedekah, akan tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya.  Nabi SAW bersabda: Kamu akan berada bersama dengan orang yang kamu cintai.  (HR Bukhari)

Moga Allah memberi taufiq dan hidayahNya buat kita semua... Sebagai ibubapa, kita cuba semampunya, tidak berputus asa, tidak berputus harap dengan rahmat Allah... aminn
AllahTa’ala berfirman dalam Surah At-Tahrim ayat 6:

yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

2 comments:

Anonymous said...

Remaja menjadi rebutan kerana masa muda yg begitu berharga. Ramai remaja yg tidak faham signifikan masa muda ini. Justru terdapat kelompok yg menjadikan K-Pop sebagai idola dan ada pulak puak dewasa malah pemerintah yg membantu menggalakkan lagi budaya K-Pop ini. Maka tersesatlah mereka di budaya K-Pop. Beruntunglah remaja yg sudah menjadi hafiz 30 juzuk di kala usia 18 tahun. Sepatutnya ini yg di promosikan bukan K-Pop yg melarakan itu. Ubahlah remaja sekelian untuk memilih jalan agama, cinta masjid, cinta ilmu. Supaya di depan Allah nanti tidak kekok untuk menjawab apa prilakumu kala muda dulu.

nur said...

Remaja aset berharga. Moga dapat membezakan pilihan yang membantu jalan ke Syurga.. aminn

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...