Resepi Gulai Kawah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Nak kongsi resepi Gulai Kawah, yang sangat sedap lagi menyelerakan. Cara buat gulai kawah kali ini agak berbeza dengan cara yang buat sebelum2 ini. Kali ini ikut cara seorang kenalan yang memang begitu berpengalaman dalam bab gulai kawah ni.  Beliau dah kira expert la masak gulai kawah ni  sebab tiap hari memang bukak gerai meniaga nasi dan lauk-pauk kelantan di mana salah satu menu popularnya ialah Gulai Kawah.  Ramai yang singgah dikedainya sebab teringat-ingat akan dua menu,  kalau bukan nasi kerabu, gulai kawah lah jawabnya.

Alhamdulillah beliau telah kongsikan cara bagaimana dia memasak gulai kawah..terima kasih bbanyok..didoakan moga sentiasa dikurniakan keberkatan rezeki buat beliau...ameen

Gulai Kawah cara tersebut dah selamat saya cuba buat, alhamdulillah ternyata berbeza rasanya dengan gulai kawah yang biasa dibuat sebelum ini. Yang buat kali ini.. sebijik rasa macam gulai kawah yang makan time kenduri kat Kelantan... :)) Alhamdulillah..




RESEPI GULAI KAWAH
Bahan:
Daging cincang 1/2 kg
Santan pekat 1 cawan
Air masak secukupnya
bawang merah besar 2 labu
bawang puteh 3 ulas
halia 2 inci
lengkuas 5 hiris
kunyit hidup 1 inci
serai 2 batang
cili kering 5 tangkai
rempah gulai darat 2 sudu besar
rempah kerutup 1 sudu kecil
air asam jawa
nise 1 - 1   1/2 keret(sama fungsi ngan gula merah/gula melaka. kalau takde gula biasa pon boleh)
garam buku

Cara masak gulai kawah:
1)Daging cincang direbus hingga empuk. Bawang merah dan bawang puteh dicincang halus. Cili kering direndam kemudian dimesin dengan halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai.

2)Tumis bawang merah dan bawang puteh.  Bila dah agak kekuningan dan wangi, masukkan bahan yang dimesin.  Masak sampai sebati dengan minyak.  Kemudian masukkan rempah gulai darat serta rempah kerutup tadi.  Kacau-kacau biar jangan hangit.  Masukkan sedikit air untuk mesrakan kesemuanya. Biar rempah betul-betul masak dan bertukar warna jadi agak gelap sedikit baru masukkan daging beserta dengan air rebusan daging.  Masak dengan api yang kecil.

3) Masukkan santan. Tidak lama lepas tu masukkan air asam jawa. Terus memasak dengan api yang kecil. Akhir sekali perisakan gulai dengan nise serta garam. Alhamdulillah dah siap pun gulai kawah.

Sekian dulu. Jom kita bergulai kawah. Wassalam.

1 comment:

kehidupan sihat said...

sedap ye..saya minat gulai ni.

rempah tu yang payah sikit nak cari di jb ni

salam perkenalan kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...