Hadiah Jubah Dari Mekah

Alhamdulillah... Makcik Siah dah selamat balik dari menunaikan Umrah. Masa makcik tak ada selama dua minggu memang rasa macam kehilangan sikit.. ya lah selalu ada je makcik kat ruang solat. Ada dua tiga kali nampak makcik dalam mimpi... Congak2 haribulan, kira dari hari pertama makcik pergi + dua minggu.. Bila pasti makcik dah balik, saya pun mesej la bagi ucapan... "Makcik selamat pulang..:) :)"

Terus dapat reply: "Malam ni kita jumpa di misjit ok.. ada ole-ole dari Mekah...'

Ouhh hepi sangat.. rupa-rupanya dapat hadiah jubah yang cantik dari makcik malam tu.  Tenkiu..tenkiu..  

Inilah jubahnya, alhamdulillah. Sangat cantik, kainnya dari jenis yang elok dan bermutu. Saiz jubah just nice..labuh sedang elok je dengan ketinggian saya.. Alhamdulillah.

InsyaAllah akan selalu dipakai jubah pemberian makcik takkala ke rumah Allah. Didoakan agar makcik diberi keluasan rezeki oleh Allah Taala serta sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik dan berpanjangan ...ameen






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...