Bunga Kesidang yang wangi

Alhamdulillah, pokok bunga Kesidang saya dah keluar bunga. Dah lama tunggu sebenarnya, hingga kan dah dua tiga kali en suami tegur, '....erm bila nak keluar bunga pokok mama tuh?  Lebat dengan daun jeh nampak!'

Dan akhirnya... Alhamdulillah, setelah sekian lama tanam dan sekian lama tunggu punya tunggu, at last.. selamat keluar tiga jambak sekaligus bunga kesidang yang berwarna puteh, sangat cantik dan harum semerbak. Subhanallah... Lepas ni boleh petik2 letak dalam lipatan kain telekong. Memang wangi sangat2. Keharumannya tak dapat dinafi oleh semua orang kat rumah kami. Kalau sebelum ini ada yang tak suka dengan bau wangi bunga kenanga yang saya tanam, namun berbeza dengan bunga kesidang.. semua pakat suka!!:-):-) Alhamdulillah tak sia-sia mama tanam.. :)

Kecantikan serta pesona bunga kesidang ini dikatakan umpama melambangkan kesopanan dan sikap lemah lembut orang melayu... amboih! :)

Fakta dari Wikipedia menyebut, Kesidang dikenali juga dengan nama pokok Bunga Kerak Nasi di bahagian utara Semenanjung Malaysia atau Bunga Tikar Seladang di pantai Timur. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae dan dikenali dengan nama Bread Flower di negara-negara barat. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur.  


.

1 comment:

Anonymous said...

Nikmat wangi Allah yg bagi. Cuba renung & fikir betapa tidak terhitung byknya spesis bunga d dunia ini. Semuanya ada wangi yg tersendiri. Hebat sungguh Pencipta bunga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...