Sibukkan Diri Mencari Taqwa

Diperingatkan dalam kuliah maghrib:

Allah kurniakan dua nikmat yang tak ternilai harganya iaitu nikmat kesihatan tubuh badan dan nikmat masa lapang. Yang paling besar nikmat Allah buat kita ialah nikmat Iman dan Islam. Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah bilamana kita dapat merasa kemanisan iman. Syukurlah bila kita dapat merasai manisnya iman saat kita beribadat, saat kita baca kalamullah.

Menurut riwayat ada di kalangan sahabat ra yang menangis, yang pengsan  semasa membaca kalamullah sebab mereka baca dengan kemanisan, hati mereka sangat dekat dengan Allah Taala.

Allah tidak melihat rupa paras kita. Allah lihat pada hati kita. Allah tak lihat cantikkah kita. Allah lihat bagaimana hati kita, bagaimana kita beribadat pada Allah...adakah hati kita melakukan ibadat hanya kerana Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu kata ustad, kena bina hati kita. Kena ada Allah dalam hati. Allah tidak duduk dalam hati kita namun Allah sentiasa dekat dengan kita. Jangan pula kita yang jauh dari Allah. Jangan kita nak baca quran tapi malas. Kena lawan nafsu malas.

Kenapa kita perlu selalu berhimpun di rumah Allah? Kenapa kena sering datang ke majlis ilmu? Sebab ia majlis Allah. Ia majlis yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Majlis ilmu di-naungi oleh para malaikat. Malaikat melebarkan sayapnya kepada orang2 yang menuntut ilmu.

Orang yang menuntut ilmu itu sangat tinggi kemuliaannya. Kita hidup ini sebagai hamba Allah.

Firman Allah dalam ayat 56 surah ad-Dzariyat, yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. {51:56}

Taqwa mesti dibina, kena cari. Cari taqwa, sibukkan diri mencari taqwa. Teguhkan solat 5 waktu yang wajib. Tambahi dengan yang sunat. Moga beroleh berkat...aaminn

Wallahu 'alam.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...