Lawatan Dalaman Masjid Nabawi

Pada pagi2 hari Selasa 12/11/19, kami ikut mutawif dalam acara lawatan dalaman Masjid Nabawi.  Agenda pertama ialah menziarahi makam Junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah naungan kubah hijau. Dapat rasa berada sangat dekat dengan Rasulullah SAW semasa berdiri memandang kubah hijau sambil berdoa. Assalamualaika ya Rasulullah....daku umatmu datang menziarahimu ya Rasulullah. Kurniakanlah syafaatmu buat diri ku di akhirat nanti, ya Rasulullah... Moga beroleh syafaat Rasulullah SAW. Ya Allah kabulkanlah Ya Allah.. Aamiinn

Daku berazam untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sehingga ke penghujung hayatku di atas dunia ini. Azam untuk berselawat 1000x setiap hari.. InshaaAllah... Aamiinnn
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ








Turut melawat kawasan perkuburan Baqi'. Kami yang wanita hanya menunggu di luar saja. Kaum lelaki saja yang boleh masuk ke kawasan Baqi'.



**Info:
Perkuburan Baqi’ merupakan perkuburan yang terletak hampir dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Ia juga dipanggil sebagai Jannatul Baqi’ dan Baqi’ al-Gharqad.

Antara ahlul bait Rasulullah SAW dan para Sahabat RA yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ ialah:

  • Fatimah, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Zainab RA. (Puteri–puteri kesayangan Rasulullah SAW) 
  • Hasan Bin Ali Bin Abi Talib. (Cucu Rasulullah SAW) 
  • Aisyah, Saudah, Hafsah, Zainab Bint Khuzaimah, Ummu Salamah, Juwairiyyah, Ummu Habibah, Safiyah, Zainab Bint Jahsy. (Isteri-isteri Rasulullah SAW) 
  • Uthman Ibn ‘Affan, Abu Sa’id al-Khudri, Sa’ad Ibn Mu’adz al-Ansari, Abdullah Ibn Mas’ud dan lain-lain para Sahabat Rasulullah SAW yang mulia.






~~~~~~~~~~~~~~

Setelah itu, kami masing2 dengan aktiviti sendiri memenuhi hari dengan berulang-alik ke Masjid Nabawi dan berehat di samping singgah ke kedai2 yang berserakan di luar masjid dan sekitar hotel. Alhamdulillah.

~~~~~~~~~~~~

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...