Treadmill Gintell



Any exercise is better than no exercise at all...♡🏋‍♂️🤸‍♀️🤾‍♂️

Alhamdulillah dah kembali dapat naik berjalan atas treadmill selepas sebulan ianya tak function.🤗

"Fius putus...", kata technician yang datang repair.😲🫤 

Alhamdulillah, syukur lah takde kerosakan yang major. Kabarnya, kalau rosak yang nak kena tukar apa² spare-part biasanya boleh tahan lah harganya. Ini tukar fius hanya beli fius rm2.00 plus bayar servis technician rm80... Alhamdulillah🤲


Indoor walking atas treadmill (yang dah berkhidmat hampir 3tahun) ini sangat bermakna buat saya sebab nya kadang kita malas nak keluar. Memang la kalau brisk-walk kat padang riadah lebih mengundang rasa semangat dan ceria sebab outdoor kannn...tapi tu lah penyakit malas tu kerap datang, maka berjalan atas treadmill ni boleh menjadi penyelamat la buat rutin riadah kita..ehe he..

Jika ada treadmill, maka tiada alasan lah untuk kita ponteng walking..☺️☺️


Pernah tempohari cerita pasal treadmill di SINI


Dalam masa sebulan treadmill tak function tu, saya dan en suami keluar BW di padang Jenjarum. Satu pusingan trek tu jauh sekitar 600m, jadi saya selalunya buat 4 pusingan dapatlah dalam 2.4km. En suami pula walking 3 pusingan kemudiannya sambung buat streching.









Tak lama beriadah di situ, tiba² ada construction pulak dah..aduhai... Dengar kata nak buat mini stadium😙Wallahu a'lam. Jadi bertutup berpagar dah sekarang ni kawasan padang riadah tu..hu hu

Alhamdulillah lepas tu dapat info dari sahabatku Shalina yang kata, boleh cuba pergi ke Laman Komuniti @SDG 5 berhadapan Taman Tulip.  Jadi kami pun beralih pula ke sana, dan memang Wow!! Menarik..🤗🤗

Kami dalam seminggu beberapa kali juga lah ke sana walaupun sekarang treadmill dah okay. Saja ambik mood beriadah outdoor...🚶‍♀️🚶🏃‍♂️




5 comments:

strawim :) said...

Alhamdulillah terbaeklah! Jom sama2 kita amalkan gaya hidup sihat 💪🏻

Shalina said...

Semoga istiqamah kak tie , dan menjadi lebih sihat dan makin happy..go kak ti go

Anonymous said...

Mmg bagus klu rajin. Masalah malas sukar di atasi! Tapi mmg dah tanam cita2 nak mulakan semula brisk walk ni yg dah bertahun ditinggalkan 😁

Anonymous said...

Alhamdulillah,Terbaik!..Kak Ti
Moga terus istiqamah brisk walk demi kesihatan & mudah untuk beribadah..💕

Anonymous said...

Mantap la Cik Ti, tetap aktif dan konsisten briskwalk, sebab tu masih kelihatan fit. Treadmill di rumah saya sangat jarang di guna😌

Blog Archive