“Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Muslim)
Solat Tarawih ialah ibadat sunat muakkad (sangat digalakkan) yang dilakukan khusus pada malam bulan Ramadan, bukannya fardu. Ia merupakan sunnah Rasulullah SAW yang bertujuan menghidupkan malam Ramadan, di mana meninggalkannya tidak berdosa tetapi pelakunya mendapat pahala besar.
Tarawih ~ asal perkataannya ialah rehat.
Solat Terawih bermula dengan Nabi SAW solat Tarawih di masjid, dan para sahabat ikut serta. Apabila Nabi tidak keluar pada malam seterusnya, sahabat menunggu dan merasa risau.
Alasan Nabi: Nabi SAW tidak keluar kerana khuatir solat tersebut dianggap wajib oleh umat Islam.
Dan telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Ertinya : “Bahawasanya Nabi SAW telah keluar solat di masjid maka manusia telah solat bersama mengikutnya kemudian solat lagi pada malam seterusnya dan manusia menjadi semakin ramai kemudian mereka semua berhimpun pada malam ketiga tetapi baginda tidak keluar solat bersama mereka. Maka pada waktu paginya bersabda oleh Nabi : Aku telah lihat apa yang kamu lakukan maka tiadalah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu sekelian melainkan aku bimbang bahawa diwajibkan solat itu atas kamu. Dan kejadian yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadhan.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)
Dan pada satu riwayat yang lain Nabi SAW telah bersabda : Ertinya : “Aku bimbang bahawa nanti diwajibkan solat ini ke atas kamu sekelian maka jadi lemah oleh kamu hendak menunaikannya.”
Maka tetaplah hukum mengerjakan solat tarawih itu hanyalah sunat bukan wajib.
Solat sunat Tarawih ditunaikan khusus pada malam bulan Ramadan, bermula selepas selesai solat fardu Isyak sehingga sebelum fajar (waktu Subuh). Ia afdhal dilakukan selepas solat sunat ba'diah Isyak. Ia boleh ditunaikan secara berjemaah di masjid/surau ataupun bersendirian di rumah.
Niat solat sunat tarawih :
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala .”
Dan jika makmum hendaklah berniat: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala .”
Selamat beramal♡

No comments:
Post a Comment