Alhamdulillah, Ramadan ini dah latih kita dapat solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah dan subuh berjemaah inshaaAllah.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Jikalau mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.(Riwayat Ahmad)
Hadis ini memberikan galakan hebat untuk solat berjemaah pada dua solat tersebut(Isyak dan Subuh). Sedangkan padanya terdapat ganjaran yang besar kerana waktu tersebut merupakan waktu yang susah ke atas jiwa (manusia) seperti mengurangkan tidurnya di awal malam dan akhirnya (sebelum Subuh). Solat-solat inilah merupakan solat yang paling berat bagi orang-orang munafik
Mudah mudahan istiqamah. Pastikan kita inshaaAllah dapat konsisten. Aamiinn.

No comments:
Post a Comment