Kita dah sampai ke malam 26 Ramadan. Kita akan di uji dengan ujian nafsu. Samada kita dapat kekal istiqamah beramal atau sebaliknya di penghujung Ramadan ini. Adakah kita masih kekal berterawih dan bersama² mengimarahkan rumah Allah ataupun kita mungkin gagal. Di hujung² ni dikhuatiri nafsu mengajak kita untuk nak pergi cari baju raya, nak keluar shopping cari sarung kusyen baru, nak gerak balik kampung dsb.
Lailatul qadar itu lebih baik dari 1000 bulan.
Firman Allah dalam surah al-Qadr 1 - 5:
1)Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3)Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4)Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5)Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
Allah mentakdirkan Lailatul qadar akan berlaku di salah satu malam yang ganjil dan di malam yang akhir dari bulan Ramadan. Sedangkan kita ada yang masih duk tanya², malam ni malam 25 ke malam 26. Sempat lagi kita masih duk sibuk berkira² untuk melakukan amal. Kita yang banyak berdosa, sedangkan Rasulullah SAW seorang yang maksum, bersungguh² Nabi meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.
Daripada Aisyah R.A, beliau berkata:“Adalah Rasulullah SAW lebih bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir(Ramadan) tidak sebagaimana Baginda bersungguh-sungguh pada hari-hari lainnya” -
(HR Muslim 1175)
Sama² kita pertingkatkan amal. Ya Allah bantu hamba..
Aamiinnn Aamin ya Robbal Alamin.

No comments:
Post a Comment