Tazkirah 20 Ramadan 1447H


Telah berada di 20 Ramadan 1447H. Alhamdulillah kita dah sampai ke 10 terakhir Ramadan.

"Qiamullail bermula esok", kata Imam (yakni hari ini) Semoga kita semua bangun qiyam malam tadi.

Hendaklah isi setiap ruang dengan amal soleh; termasuk~

✔️Menghidupkan Malam (Qiyam): Melakukan solat tarawih, witir, dan tahajud bersama imam untuk ganjaran penuh.

✔️Membaca al-Quran: Meningkatkan tadarus dan tadabbur kerana kelebihannya yang berlipat ganda.

✔️Iktikaf: Berdiam diri di masjid (khususnya) untuk fokus beribadah.

✔️Berdoa dan Berzikir: Khususnya doa memohon keampunan Lailatul Qadar (Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni). Erti doa: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun/Pemaaf, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku"

✔️Tingkatkanlah sedekah dan amal kebajikan.

Allah ganda dari 10 hingga 700kali ganda. Rugi bagi orang yang tak menghargai ganjaran pahala yang Allah janjikan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta-harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai yang mana pada setiap satu tangkai itu mempunyai 100 biji benih. Dan Allah melipatgandakan (pahala) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui. 

Surah Al-Baqarah (261)

✔️Bukan saja jaga hubungan dengan Allah, tapi kena jaga hubungan sesama manusia. Jangan kita menjadi muflis di akhirat nanti apabila kita berdosa terhadap sesama manusia, cth; di akhirat kelak pahala² yang kita ada terpaksa diberi pada orang yang kita telah menyakitkan hati mereka. Atau apabila kita bermasam muka atau berbalah dengan orang. (Transaksi di hari kiamat ~ klik di SINI)

Daripada Jubair bin Mut’im RA bahawa Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).” [Riwayat al-Bukhari (5984)]


No comments:

Blog Archive