Hari Kiamat Hari Penyesalan


Alhamdulillah Allah Taala masih rezekikan kita hadir di rumah Allah pada  26Syawal.

Malam pertama di alam kubur - kitab ini bagi mengingati mati supaya kita sedar kita antara orang yang sedang menunggu giliran.

Kena sentiasa mengaji(belajar) untuk lebih tahu dan mendapat kefahaman.. Contoh: Ngaji feqah untuk  memahami rukun, syarat sah, hukum-hakam syariat yang wajib dilaksanakan, terutama fardhu ain seperti bersuci dan solat.   

Ngaji tasawuf pula untuk pendinding diri agar kita berakhlak mulia dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. Ia dapat menjaga anggota badan agar terhindar dari sifat tercela. Hati bersih dari sifat mazmumah(hasad, sombong, riyak dsb) lalu dihiasi dengan sifat mahmudah(ikhlas, sabar, syukur, merasa cukup dsb)

............................

Malam pertama di alam kubur. Kata penulis dlm kitab ini, 

Wahai pemilik kematian(orang yang mati), mengapa kau cari benda² yang fana(yang akan binasa) untuk meraih kesenangan yang sedikit? 

Jangan disebabkan masih sibuk bekerja, menjadi alasan kita tidak dapat berjemaah di masjid. Jangan atas sebab kesesakan lalu-lintas, menjadi alasan kita tak sempat untuk hadir ke rumah Allah solat berjemaah dan duduk dalam majlis ilmu.

"Bersyukurlah jika kita terpilih untuk jadi tetamu Allah malam ini tuan-tuan...", kata ustad. Moga istiqamah dan mintak pada Allah agar dapat kekal terpilih untuk datang ke rumah Allah. Syurga itu Allah jadikan bertingkat². Perbanyakkan amal soleh untuk meraih redha Allah. Beramal sebelum tibanya kiamat. Amalan hanya di dunia. Hari kiamat hari pembalasan, juga namanya hari penyesalan. Jangan nanti hanya mampu menyesal.

Kata ustad, tentunya banyak benda yang kita sembunyikan semasa usia muda( kita manusia biasa yang ada nafsu, serba kekurangan). Alhamdulillah jika sekarang, kita sedar dan suka pada benda² yang berpahala dan kita tak suka pada benda² yang datangkan dosa.

Lahaulawalaquwata illabillah.

Allah tak akan tangguhkan kematian, dan Allah Maha Mengetahui apa yang engkau kerjakan.

Surah Al-Munāfiqūn:11 - Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Banyakkan buat amalan² agar ianya dapat menampung kekurangan² kita di Mizan nanti. Moga nanti kita termasuk dalam golongan yang mendapat kenikmatan di alam barzakh yang digambarkan sebagai taman syurga.. Aaminnn

Semoga Allah kabulkan segala hajat² dan Allah menerima amalan kita.. Aamiin


3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah posting yg bagus utk kita sama2 kita muhasabah dan insaf. Ramai yg menyesal pabila ajal menjemput krana lalai dlm amal soleh namun peluang itu sudah tertutup. Justru selagi nyawa dikandung badan istiqamah lah beramal seolah esok kita akn mati.

Anonymous said...

Alhamdulillah atas perkongsian ilmu. Terima kasih

Anonymous said...

Masyallah terima kasih kongsi ilmu untuk pembaca blog ni. Tadi belajar pasal must islam zaman Kita lebih mencintai dunia...Dari akhirat..

Blog Archive