Nak kisahkan yang kami pergi family trip tempohari. Kira well plan juga la sebab lepas diskas², kakak(anaknda kedua) terus book 3 chalet di Cherating.
Pagi² dah bertemujanji di stesen Petronas sebelum masuk tol Gombak. Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di hentian rehat selepas tol Karak, untuk breakfast. Makan Nasi lemak berlaukkan Ayam Goreng. Sambal ikan bilis dan timun kakak yang bawak♡♡ Rin pula bawak Popiah Sira dan kueh Ketayap♡♡
Selepas 3 jam perjalanan dengan 3 buah kereta, kami sampai ke destinasi pertama iaitu, Batik Canting. Cucu² dan papatok fokus mencanting batik masing². Cantik² sume hasilnya..semua terer, terserlah bakat terpendam.
Kemudian terus check-in chalet Royal Chulan di tepian pantai Cherating. Chalet nya terbaik! Saya dan en suami pernah sekali ke sini, singgah duduk semasa dalam perjalanan balik dari Kelantan.
Happy cucu²ku semua main pasir dan mandi pantai..alhamdulillah. Masa semua di pantai, baru lah Iman(anak bongsu) menyertai kami. Iman travel all the way dari Kuala Terengganu kerana bertolak awal pada hari sebelumnya memenuhi jemputan kenduri rakan ofis.
Esoknya pagi² sebelum breakfast pergi mengambil angin di tepian pantai. Waduh..nyaman sungguh melihat laut di pagi hari. Alhamdulillah syukur.
Selepas breakfast, sekali lagi ke pantai.. Mandi pantai sekali lagi.
Tiba masa untuk check out...
Selepas check out, kami tak singgah ke mana² pun, terus berkejar untuk ke destinasi berikutnya mengikut iternerary. Akhirnya sampai di Bukit Gandah untuk tengok gajah..hahaha.. Orang ramai berpusu² ketika itu dek hari cuti umum. Seronok cucu² ku dapat tengok gajah makan dan mandi😁😍
Selesai di sana, baru kami patah balik masuk highway untuk makan di tempat tempat makan popular Temerloh iaitu di Restoran Go'Bang Maju Tol.
Agak lewat kami makan tengahari hari tu. Alhamdulillah nasib baik semasa di chalet pantai Cherating, kami dah makan buffet heavy breakfast. Semua siap makan kenyang² sebab nak kejar pergi tengok gajah..hi hi
...............................
MasyaAllah! Best sangat percutian family kami tempohari. Cucu² pun bukan main suka. Semua seronok mengisi masa mandi pantai, bermain bola dan berkejar-kejaran sesama mereka. Pantai nya tenang, rasa tenteram tengok beach. Air lautnya bersih tidak tercemar, seronok mandi-manda.
Masa berkualiti sekeluarga 2 hari 1 malam di pantai Cherating yang indah alhamdulillah kami manfaatkan sepenuhnya. InshaaAllah ada rezeki di lain masa dan ketika, jika sihat tubuh badan, moga² boleh repeat lagi ke sana..😘😘


























































No comments:
Post a Comment